Ahli EXCO Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamaruddin, terus sahaja memadamkan posting yang menyakat Presiden PAS pagi ini setelah ditegur oleh pimpinan Pemuda PAS, termasuk:
(1) Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang menulis:
“Bro. Tok Guru tidak dapat travel jauh atas faktor kesihatan. Awak tu pemimpin pemuda. Pimpinlah anak buah supaya jadi elok, bukan jadi batu api.”
(2) Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar, yang menulis:
“Dia kata saja nak menyakat TG Ayoh Chik. Dalam keadaan kesihatan yang terbatas. Inilah dia Exco Pemuda UMNO, yang suka menyulitkan keadaan. Punca pecah belah. Inilah dia.”
(3) Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli, yang menulis:
“Bukan begini cara nak popular wahai anak muda.. Saya dan sahabat-sahabat ada sahaja disebelah anda. Sebab itu jangan sesekali merobek usaha murni sahabat-sahabat dalam berkawan. Menyindir Tuan Guru Presiden kami, bukan seperti mana yang saya kenal kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor. Mereka cukup tinggi akhlaknya. Jaga-jaga sikit.”
Begitulah adat berkawan, kena hormat-menghormati antara satu sama lain.
Tahniah kepada semua, bukan susah pun nak selesaikan masalah begini.
LIMA KESILAPAN EXCO PEMUDA UMNO
Silap pertama EXCO Pemuda UMNO:
Buat posting pertikai mengapa Presiden PAS tak dibawa sertai lawatan Perdana Menteri ke Timur Tengah dengan niat jelas di ruang komen untuk “menyakat Presiden PAS”.
Silap kedua EXCO Pemuda UMNO:
Memadamkan posting tersebut setelah ditegur oleh Pemuda PAS tetapi hanya membuat permohonan maaf di ruang komen posting lainnya setelah diminta oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, It Ts Khairil Nizam Khiruddin.
Silap ketiga EXCO Pemuda UMNO:
Tidak mengakui kesilapan dalam membuat posting tetapi menyebut pihak lain yang “salah sangka” sedangkan katanya beliau hanya “cuba bertanya”.
Silap keempat EXCO Pemuda UMNO:
Membuat posting baru menyerang PAS dengan menyebut beliau “tidak perlu hormat orang tidak berpendirian dan takut berpihak”.
Silap kelima EXCO Pemuda UMNO:
Membuat ibarat yang tidak betul dalam hubungan PAS dengan UMNO dan BERSATU dengan menyebut UMNO isteri tua dan BERSATU isteri muda sambil mempersoalkan keadilan poligami.
Panjang lagi nampaknya episod EXCO Pemuda UMNO yang disangkakan sudah selesai ini.
Posting penuhnya boleh dibaca di sini:
https://www.facebook.com/2295922790423517/posts/4459405670741874/
Kamarul Yusoff


