Menteri PAS Terus Cemerlang

Menteri PAS Terus Cemerlang

Sinis bicara menteri PAS Dr khairuddin bila ditanya tentang hubungan mesra UMNO dan PKR.

“Boleh caya ke kata-kata ketua pembangkang ni?”

Jawapan yang terus mematikan persoalan.

Terbaik tepat dan jitu.

PAS memang perlu berbangga dengan prestasi 3 menterinya yang telah dengan cemerlang menerajui kementerian masing-masing.

Apa yang tak dapat dilakukan PH selama 22 bulan memerintah, dapat dilaksanakan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man serta Dr Khairuddin.

Sangat jarang hari ni kita dengar berita tentang pencemaran sungai, udara atau pencemaran alam sekitar yang lain.

Selangor pun sudah jarang ada masalah bekalan air.

Ini membuktikan Menteri PAS itu memang menjalankan kerja.

Penyangak, penyamun, penjenayah alam sekitar kecut perut dah sekarang.

Siapa pula sangka Dr Khairuddin berjaya meningkatkan harga sawit lebih RM700 setan, kenaikan hampir 300% dari zaman PH perintah.

Penambahan eksport sawit berganda, serta dapat memujuk kembali negara luar yang merajuk dengan Malaysia, tanpa menyuruh rakyatnya meminum sesudu minyak sawit sehari.

Siapa berani rasuah Menteri PAS yang memang terkenal dengan akhlak dan pengangan agama yang hebat.

Bayangkan la, ini baru 2 Menteri PAS.

Banyak kecemerlangan yang boleh dipertontonkan.

Jika lebih ramai pemimpin PAS jadi menteri dengan berbagai portfolio lagi, InsyaAllah Malaysia akan lebih makmur.

Rakyat semakin sedar kecemerlangan Menteri PAS dan aku yakin rakyat akan rasa lebih selamat dan terjamin jika PAS terus diberi peluang.

Pemimpin PAS kini bukan setakat boleh masak roti john, jadi beroker tanah, atau kira kembung dilautan.

PAS kini benar-benar dipimpin barisan yang benar-benar pemimpin.

Kadang kala, rindu jugak nak tengok barisan menteri pelawak PH.

Seolah kita kehilangan Mr Bean dalam bumi Malaysia ini

Dalam Negeri