Tidak ramai yang tahu betapa sewaktu tempoh kempen Pilihan Raya Negeri Sabah pada September 2020 lalu UMNO BN, atas sebab tertentu, telah keputusan dana.
Disebabkan itu, Tan Sri Annuar Musa selaku Setiausaha Agung BN telah memohon dana tersebut dari Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden BERSATU dan Pengerusi PN.
Setelah diadukan masalah itu dalam pertemuan mereka di Sibu, Sarawak, pada 16 September 2020, maka Tan Sri Muhyiddin Yassin pun memberikan sejumlah dana yang besar kepada kempen UMNO dan BN di Sabah.
Sedangkan sekiranya BERSATU mahu membuli UMNO atau menganggap UMNO saingan BERSATU maka sudah pastilah Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan membantu UMNO di saat ia menghadapi kesulitan.
Malangnya, soal pemberian bantuan kewangan BERSATU kepada UMNO ini tidak pernah diceritakan kepada ahli-ahli bawahan UMNO, yang sebaliknya dibawa ialah dakwaan UMNO dibuli oleh BERSATU.
Mengikut logik akal, jika benarlah UMNO dibuli oleh BERSATU dalam Pilihan Raya Negeri Sabah maka sudah pastilah UMNO Sabah akan menjadi negeri pertama menyokong cadangan memutuskan hubungan dengan BERSATU.
Syukurlah ini tidak berlaku kerana apa yang berlaku ialah Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Raden, awal-awal lagi menyatakan UMNO Sabah akan terus bekerjasama dengan BERSATU walaupun jika UMNO Pusat memutuskan di sebaliknya.
Apakah logik pihak yang didakwa dibuli tidak mempunyai sebarang masalah untuk meneruskan hubungan dengan pembulinya?
Kamarul Yusoff