Rakyat jadi pening apabila dengar kenyataan Presiden UMNO, Zahid Hamidi dalam satu lintas langsung program UMNO Terengganu.
Selama ini rakyat ingat Mat Said saja tak berapa cerdas akalnya.
Kini kita dengar sendiri bagaimana ‘timbalan ketua kluster mahkamah’ menyokong paluan gendang UMNO Terengganu untuk menentang PAS.
Katanya, UMNO akan kembali merampas kuasa.
Diperkuatkan lagi dengan sokongan Ketua Pemudanya, Asyraf Wajdi.
Cacamarba sungguh. Bercelaru.
Apakah benar UMNO Pusat benar-benar begitu?
Hinggakan Ketua Pemuda pun tersampuk hantu?
Dengar kata mesyuarat Muafakat Nasional diadakan dwibulanan.
Walaupun diwakili oleh Timbalan Presiden, takkan berbeza apa yang disepakati?
Maka apakah yang disepakati di peringkat Pusat?
Apakah Datuk Seri Mohamad Hasan tidak tahu menahu hasrat Ketuanya yang mungkin telah lama sekepala untuk menentang PAS di Terengganu.
Setakat ini, kita belum mendengar apa-apa penjelasan dari pihak PAS.
Komitmen PAS seperti ditegaskan oleh Presiden PAS ( TGHH ) cukup jelas, “memperkukuhkan MN”. Tidak pernah tergugah.
Persoalan timbul adakah majoriti ahli, pemimpin peringkat cawangan dan bahagian UMNO Terengganu sebulat suara menyokong hasrat Mat Said?
Kalau jawapannya ‘ya’, jahat benarkah PAS dan MB-nya Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri sehingga semua orang UMNO mahu meruntuhkan kerajaannya?
Apakah dengan satu dua kes yang dibangkitkan oleh Mat Said, maka berperang juga jalan yang dipilihnya.
Nampak benar perangai Mat Said ini berakal labah-labah, di gua buruk suka merakut.
Bagai jawi belang puntung; didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk.
PAS sedaya upaya mencari penyelesaian agar salah faham tidak mencetus perseteruan.
MB sendiri pernah bertandang ke mahligai Mat Said demi mencari jalan penyelesaian.
Tiada seorang pun pemimpin PAS celupar mulut terhadap Mat Said dan sejarah pemerintahan UMNO di Terengganu yang berdekad.
Begitu berdisiplinnya pemimpin PAS yang terdidik dengan panduan al-Quran dalam mencari perdamaian dan penyatuan.
Tiadakah seorang dua ulama dalam UMNO yang boleh menasihati Mat Said?
Berbalik kepada timbalan kluster mahkamah, Zahid Hamidi tak sepatutnya sekepala dengan Mat Said.
Kata orang, ikut orang gila, kita jadi gila.
Apakah salah PAS dan TGHH sehingga begitu nekad si Zahid ingin memecahkan muafakat yang terjalin?
Tak munasabah, hanya dengan pendirian PAS untuk mepertahankan Perikatan Nasional, maka Zahid naik iseng.
Apakah Zahid fikir kes mahkamahnya merupakan pendakwaan politik sehingga terasa dizalimi?
Atau dia amat terkilan Presiden PAS tidak cuba melepaskannya dari belenggu pendakwaan?
Apakah jika TGHH membela beliau maka barulah PAS baik di matanya?
Apa tidaknya, nampak sangat yang baik di matanya sekarang ialah Anwar Ibrahim.
Wahai Zahid…… PAS ni dengan pemimpin dan ahlinya sendiri tidak dipertahankan bila bersalah, apa lagi kamu dengan berpuluh-puluh kes tahap mega.
Usah kata nak bela hang, kalau pemimpin PAS dirasakan benar-benar melakukan penyelewengan, PAS buka pintu 25 jam untuk SPRM bertindak.
Persahabatan bukan bererti kita kena bersekongkol dalam kejahatan.
Berani buat berani tanggung.
Sikap inilah juga yang sepatutnya diambil oleh pemimpin dan ahli-ahli UMNO.
Agama kita tak mengajar kita mempertahankan pemimpin yang bersalah apabila didapati bersalah.
Hadaplah dulu dengan tabah.
Jangan kerana kemelut diri, nasib bangsa nak ditaruhkan.
Kalaulah ketua perang UMNO sendiri bersikap ingin meruntuhkan perpaduan ummah, apalah lagi harapan kita semua?
Adakah para perwakilan Persidangan Agung UMNO (PAU) mampu menyelamatkan situasi?
Di saat-saat genting inilah para ulama dalam UMNO mesti berani bersuara demi ummah ini.
Ingat-ingatlah bangsaku; apabila air keruh, ikan limbat akan keluar.
Janganlah diikutkan orang yang berpuru kerana yang berpuru selalu hendak menggaru.
Apabila hujan benar-benar turun, Presiden PAS akan membuka payungnya.
Adakah ini petanda usia UMNO sampai ke penghujung?
Allah benci manusia yang sombong.
Manusia sombong macam Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak akan terima natijah kesombongannya.
PAN yang sombong dengan kuasa 22 bulan, akhirnya Allah hunjam ke jalan keluarnya.
Nampaknya Zahid Hamidi nekad menelusuri denai yang sama.
MAMPU Centre