Maklum Balas Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia:
“Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.
“Tahniah kawan-kawan di Terengganu yang sudah siap sedia.”
Pautan berkenaan:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10156735663269567&id=594749566
Maklum Balas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia:
“Rileks kawan-kawan. Yang jadi tukang hasut bagi pecah-belah ni sorang dua saja. Bukan semua.
“Ramai yang sayangkan perpaduan ni.
“Tak payah layan Si Tukang Hasut tu.
“Syaitan kerjanya menghasut.
“Nabi kerjanya menyatu.
“Kita ikut Nabi, tak payah ikut syaitan.”
Pautan berkenaan:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=3977652035590972&id=100000386434949
Maklum Balas Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia:
“Ustaz Afnan Hamimi pernah pesan dalam Liqa Khas Pemuda PAS Bangi tempoh hari.
“Tepat dan padat!
“Katanya, Jika ada sebuah kumpulan ajak berdamai, maka wajib untuk kita berdamai.
“Tapi jika dia khianat, serahkan kepada Allah.
“Ya, serah dia kepada Allah. Rakyat nampak, individu yang terpalit dengan kes berat mungkin sedang meronta.
“Mungkin ini jalannya.
“Tapi kita terus mendoakan perpaduan ini akan terus kekal. Jangan khianat!”
Pautan berkenaan:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10224784504302840&id=1319889265
Maklum Balas Ketua Pemuda PAS Terengganu:
“Sepatutnya gendang perpaduan dilaungkan oleh pimpinan umno demi ummah.
“Tetapi sebaliknya gendang perpecahan pula dicanang kepada ahli bawahan.
“Sejarah PRU14, ummah mesti bersatu!!!”
Pautan berkenaan:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=486591592523792&id=100035188664580
Maklum Balas Nazrul Nazir:
“Tapi bila dengar jawapan DR ASYRAF WAJDI DUSUKI semalam, nampak dia dah standby bertanding lawan PAS.
“Siap kata jadi orang pertama untuk bagi sokongan sepenuhnya kalau UMNO dan Pemuda UMNO Terengganu ‘bergocoh’ dengan kerajaan Negeri PAS Terengganu.
“Nak habaqnya betapa konsisten PAS ni dalam membawa agenda perpaduan ummah.
“Bukan guna masa pilihanraya, bukan tunggang sebab nak populariti, atau sebab nak lepas kes Mahkamah.
“Bukan masa dengan PAS sebut penyatuan, dekat belakang ajak bertikam.
“Itu bukan penyatuan, itu pengkhianatan.
“Apapun saya yakin, PAS akan terus konsisten usaha supaya tiada 3 penjuru.
“Cuma kalau ‘kawan’ dah semangat nak masuk langkah, hunus keris, kita berani sambut.
“Pantang anak Melayu menyerah.
“Diacah tak kendur, dilawan tak berundur.”
Pautan berkenaan:
https://www.facebook.com/nckeyz95/posts/4192464187431715
Maklum Balas Syed Abdul Rahman:
“Nasihat saya kepada DR ASYRAF WAJDI DUSUKI supaya belajar untuk lebih ikhlas dalam persahabatan.
“Sebagai seorang ketua sepatutnya mainkan peranan menjadi sebahagian daripada pendamai bukannya menambah minyak memarakkan lagi api perbalahan dikalangan anak buah.”
Pautan berkenaan:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=124014533017789&id=100062277294339
Maklum Balas Ahmad Fahmi Mokhtar:
“Pada 12 Mac 2021, Dr Asyraf Wajdi ada menulis di facebooknya berkenaan dengan keputusan Mesyuarat Muafakat Nasional.
Tulis beliau, “Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional UMNO-PAS dua malam lepas, kepimpinan tertinggi parti kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengguris perasaan masing-masing.
“Juga tidak melayani sebarang unsur provokasi yang boleh merenggangkan hubungan kedua parti yang sudah terjalin.”
Seminggu sahaja, Ketua Pemuda UMNO telah memungkiri apa yang beliau nyatakan dalam FBnya.
Bahkan lebih teruk beliau telah melanggar keputusan yang dibuat secara bersama PAS-UMNO dalam Muafakat Nasional.
Sebagai ahli PAS, kita merasakan kita perlu berhati-hati dengan mereka yang mungkir kata-kata sendiri dan juga tidak mengikut keputusan mesyuarat.
Kalau langgar ucapan sendiri ok lagi, ini sudah langgar keputusan mesyuarat.
Dari situ kita boleh lihat beliau tidak mempunyai disiplin organisasi yang baik.
Maka, bagi membersihkan nama baik beliau dan organisasi yang beliau pimpin.
Kita desak Dr Asyraf Wajdi menarik balik ucapan tersebut selaras dengan keputusan Muafakat Nasional dan membuat permohonan maaf kepada PAS.” Pautan berkenaan:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=4003231633048697&id=100000856990910
Maklum Balas Zurk Ahmad:
“Doh kalu gitu gok, loh gi la…Ingatkan bila dah level pimpinan macam dia boleh la nasihatkan anak buah kearah usaha penyatuan, rupanya tidak.
Kalau itu yang dia nak, anak muda PAS Terengganu pun tadop masalah untuk sambut.
Malah Pemuda PAS seluruh Negara pun!
Mereka sentiasa bersedia.
Tinggal lagi menunggu lampu hijau daripada pimpinan.
Kami masih sayangkan penyatuan ummah tanpa ada kepentingan menyelamatkan individu tertentu.
Namun apakan daya, jika itu yang dikata..”
Pautan berkenaan:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2604754026481390&id=100008404533636
Kamarul Yusoff