“Kita berkawan dengan seseorang ini bukan kerana kelebihan yang ada pada dia sahaja.
Bila kita berkawan bermakna kita kena berkongsi baik dan buruk kawan kita.
UMNO dia kalah pilihan raya, PRU 14, tapi masih ada base yang sangat kuat dengan ahli, dan undi pada PRU 14 itulah base UMNO.
Dia tak ada kuasa, tapi dia ada grassroot yang kuat.
BERSATU mungkin tak ada grassroot, tetapi dia ada kuasa sebagai Perdana Menteri, kuasa sebagai kerajaan dan dia ada pengorbanan dia keluar daripada Kerajaan PH untuk bersama membentuk Kerajaan PN.
Maka bila kita berkawan kita kena terima baik dia, kita kena terima buruk dia, kita kena terima kelebihan dia kelemahan dia dan kita masuk sebagai gabungan bersama untuk bawa prinsip perjuangan secara bersama.”
“Kita bersetuju BERSATU untuk terus menerajui kerana tanpa dia lompat tak boleh bentuk kerajaan, besar pengorbanan dia.
“Dan pengorbanan UMNO juga besar kerana dengan dia majoriti Ahli Parlimen tapi memberi kepada BERSATU untuk menjadi Perdana Menteri.
Maka kedua-duanya ada pengorbanan yang besar.
PAS juga besar pengorbanan dia kerana kalau kita pun duk bertegas nak juga, tak jadi kerajaan.
Jadi masing-masing ada pengorbanan masing-masing.
Jadi, bagi saya, pendapat personal saya, kerajaan yang ada ini buat masa ini ialah kerajaan yang lebih baik daripada PH, itu saya punya penilaian, dengan apa yang kita perjuangkan hari ini.
Jadi perkara ini perlu diteruskan.”
“Dan orang kata kalau PAS dengan UMNO dah boleh bentuk kerajaan, cukup PAS dengan UMNO bekerjasama boleh bentuk kerajaan pada PRU 15 dengan dua base yang ada.
Tapi bagaimana dengan pengorbanan rakan kita yang dah keluar daripada PH, nak masuk pilihan raya macam mana, takkan nak biar mereka terkontang-kanting?
Ini rakan yang tidak setia.
Berkawan hanya masa perlu, dah tak perlu, tendang letak ke tepi.
Kita, prinsip kita, nak berkawan secara jujur dengan semua orang.
Mereka ada pengorbanan masing-masing yang telah mereka buat.
UMNO ada pengorbanan dia, BERSATU ada pengorbanan dia, dan kita kena duduk bersama, bincang.”
Kamarul Yusoff