Sekali lagi UMNO melanggar keputusan yang dipersetujui dalam Mesyuarat Muafakat Nasional.
Dr Asyraf Wajdi ada menulis di facebooknya berkenaan dengan keputusan Mesyuarat Muafakat Nasional.
Tulis beliau, “Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional UMNO-PAS dua malam lepas, kepimpinan tertinggi parti kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengguris perasaan masing-masing.
“Juga tidak melayani sebarang unsur provokasi yang boleh merenggangkan hubungan kedua parti yang sudah terjalin.”
Sebelum ini Asyraf Wajdi sendiri telah mungkiri keputusan ini termasuk UMNO Terengganu.
Dan beliau tidak sedikit pun rasa bersalah dengan tindakannya.
Kali ini UMNO Kelantan pula.
Sewajarnya kepimpinan utama UMNO memberikan respon terhadap pelanggaran keputusan mesyuarat ini.
Atau isytihar sahaja keputusan yang dibuat dalam Muafakat Nasional itu tidak sah atau tidak valid.
Mudah untuk kita melafazkan kata, tidaklah terpaksa terbelit-belit begini.
Kalau nak suruh minta maaf, sudah pasti mereka tidak akan buat.
Kali ini, kita minta kepimpinan UMNO bagi kata putus.
Jangan sedap-sedap guris perasaan ahli PAS, kemudian berlindung dibalik keputusan mesyuarat Muafakat Nasional.
Ini kali kedua, kalau tidak dibendung, bakal jadi kali ketiga, keempat, dan seterusnya.
Kau ingat ahli PAS tempat untuk kau menginjak-injak ketololanmu?
Kalau kawan kata kawan, jangan buat macam lawan.
Kalau lawan kata lawan, jangan main tikam belakang.
Ahmad Fahmi Mokhtar