Kenapa Tak Berani Nafi UMNO Dapat Dana Dari BERSATU?

Kenapa Tak Berani Nafi UMNO Dapat Dana Dari BERSATU?

Saya hanya tergelak bila ditunjukkan tulisan seorang pemimpin UMNO—yang kalah bertanding dalam PRU 13, tidak dipilih sebagai calon dalam PRU 14 dan kalah dalam pemilihan MKT pada 30 Jun 2018 dan hanya dilantik sebagai Ahli MKT pada 2 Julai 2019—yang menyebut:

“Soalnya sahihkah UMNO dapat dana dari BERSATU (dalam Pilihan Raya Negeri Sabah)?

Mana Kamarul Zaman dapat cerita?

Orang akademik kena telus.

Elok dedahkan sumber supaya tidak digelar “pencacai”.

”Saya tidak mahu komen panjang, cukuplah sekadar dengan memuatkan kembali maklum-balas Setiausaha Akhbar Tan Sri Annuar Musa, Tun Faisal Ismail Aziz, dalam ruang komen:

(1) “Memang ada bantuan yang diberikan kepada UMNO melalui Tan Sri Annuar dan diserahkan kepada Presiden (UMNO) melalui pegawai-pegawai Presiden (UMNO)”.

(2) “Ni semua cerita betul. Saya ada kat sana.”

(3) “Benda yang betul kita cakap betul. Saksi semua ada.”

(4) “Saya boleh namakan mereka yang ada masa tu sebab saya ada di sana.”

Bukankah sudah ada saksi?

Berani tak sesiapa menafi?

Kamarul Yusoff

Isu Semasa