Penyebaran Berita Palsu

Penyebaran Berita Palsu

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِي بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ. ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ. أَشۡهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحۡدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُۥ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُۥ وَرَسُولُهُۥ، الۡبَدۡرُ الدُّجَىٰ وَالسِّرَاجُ المُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ وَبَارِكۡ عَلَىٰ حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدۡوَتِنَا مُحَمَّدٍ، الرَّحۡمَةِ الۡمُهۡدَاةِ وَالنِّعۡمَةِ الۡمُسۡدَاةِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَمَنۡ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُۥ وَوَالَاهُۥ. أَمَّا بَعۡدُ:

فَيَا عِبَادَ ٱللَّهِ، ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَى. فَقَدۡ فَازَ ٱلۡمُتَّقُونَ

Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan (dunia dan akhirat) adalah bertaqwa kepada Allah.

Maka sesungguhnya berjaya dan selamat orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah!

Marilahkita mendengar dan memahami peringatan daripada Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ.

Maksudnya: Wahai orang-orang yang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah lakukan.

(al-Hujurat: 6)

Sebab turunnya ayat ini bermula dengan kedatangan al-Harith bin Dhirar RA, salah seorang mentua Rasulullah ﷺ yang masuk Islam dengan hati yang ikhlasdan berjanji kepada Rasulullah ﷺ  

apabila pulang ke kampungnya mengumpulkan harta-harta zakat yang akan diserahkan kepada wakil yang dihantar oleh Rasulullah ﷺ supaya menjadi salah satu daripada sumber kewangan negara Islam pada masa itu.

Rasulullah ﷺ menghantar seorang sahabat yang bernama al-Walid bin Uqbah bin Abi mu’ith RA suoaya pergi ke kampung Bani Mustaliq mengambil zakat yang dijanjikan.

Oleh kerana kelambatan kedatangan utusan Rasulullah ﷺ al-Harith pemimpin Bani Mustaliq merasa bimbang sesuatu berlaku kerana mustahil seorang rasul yang diutus oleh Allah mungkir janji.

Sudah tentu jika berlaku sesuatu yang tidak baik, dia dan penduduk kampong akan dimurkai oleh Allah dan Rasulullah ﷺ.

Lalu dia mengajak rombongan pergi ke Madinah menemui Nabi ﷺ.

Apabila al-Walid bin Uqbah bin Abi mu’ith RA, utusan itu melihat al-Harith dan rombongannya, dia tersalah sangka merasakan bahawa al-Harith akan bertindak untuk membunuhnya.

Lalu dia berlari pulang melapurkan kepada Rasulullah ﷺ bahawa al-Harith dan Bani Mustaliq telah menipu, tidak masuk Islam, datang untuk membunuhnya.

Lalu nabi ﷺ menyediakan pasukan untuk menyerang kampung Bani Mustaliq.

Mengikut satu riwayat, pasukan yang dipimpin oleh Khalid ibni al-Walid RA menghantar pengintip dan mendapati penduduk Bani Mustaliq masih menunaikan solat dan mengerjakan amalan orang-orang Islam, mereka tidak murtad atau menyeleweng.

Apabila al-Harith tiba di Madinah menemui nabi ﷺ, lalu ditanya kepadanya dan dia menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Kebimbangannya Rasulullah ﷺ murka terhadapnya, lebih-lebih lagi kemurkaan Allah SWT terhadapnya.

Setelah Rasulullah ﷺ selesai menunaikan solat Asar, malaikat Jibril menurunkan ayat yang dibaca tadi.

Ayat ini mengingatkan orang-orang yang beriman supaya jangan mudahmenerima berita-berita palsu dan bohong atau salah yang membawa fitnah dan keburukan kepada orang-orang Islam dan orang ramai.

Al-Quran adalah petunjuk Allah SWT yang bersifat mukjizat sehingga hari qiamat.

Bukan bergantung dengan sebab turunnya ayat ini.

Ulama tafsir menyatakan:

الۡعِبۡرةُ بِعُمُومِ اللَّفۡظِ لَا بِخُصُوصِ السَّبَبِ

Maksudnya: Pengajaran diambil daripada lafaz yang umum, bukan sebab yang khusus.

Jangan dianggap ayat al-Quran sekadar cerita sahaja.

Al-Quran adalah petunjuk kepada umat Islam dan seluruh manusia sehingga hari qiamat.

Hari ini kita berada di zaman tersebarnya berita-berita bohong dan salah oleh orang-orang yang jahil yang tidak ada ilmu tentang Islam dan tentang umat.

Mereka menggunakan akal yang salah, menyebar maklumat dengan internet melalui hujung jari tiap-tiap hari ke seluruh pelusuk dunia.

Perkara ini telah diberi amaran oleh Rasulullah ﷺ apabila malaikat Jibril dan mikail membawa Rasulullah ﷺ melalui alam mimpi melawat syurga dan neraka, melihat di dalam neraka itu orang yang disiksa dengan disangkut mata, hidung dan mulutnya sehingga tembus ke belakang, kiri dan kanan tidak putus-putus.

Bila nabi ﷺ bertanya, siapakah mereka itu?

Malaikat memberitahu, itulah orang yang suka menyebarkan berita bohong.

حَتَّى تَبْلُغَ الآفَاقَ

Maksudnya: Sehingga tersebar ke seluruh ufuk dunia inilah mukjizat nabi ﷺ.     

Bagaimana berita disebar ke seluruh ufuk dunia.

Para sahabat yang hidup di zaman itu tidak terfikir bagaimana menyebarkan berita ke seluruh ufuk dunia.

Hari ini manusia menggunakan teknologi maklumat dengan alat-alat yang canggih, menyebarkan maklumat ke seluruh pelusuk dunia.

Kalau maklumat yang, dapat pahala, sebaliknya maklumat yang buruk, berdosa.

Sabda nabi ﷺ  

 إِنَّ الصِّدۡقَ يَهۡدِي إِلَى البِرِّ، وَإِنَّ الۡبِرَّ يَهۡدِي إِلَى الۡجَنَّةِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصۡدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا. وَإِنَّ الۡكَذِبَ يَهۡدِي إِلَى الۡفُجُورِ، وَإِنَّ الۡفُجُورَ يَهۡدِي إِلَى النَّارِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكۡذِبُ حَتَّى يُكۡتَبَ عِنۡدَ اللَّهِ كَذَّابًا

[رواه البخاري]

Maksudnya: Sesungguhnya benar itu memberi petunjuk kepada kebajikan dan kebajikan itu membawa ke syurga. Sesungguhnya apabila seseorang itu berkata benar ditulis disisi Allah dia seorang yang benar dan sesungguhnya bohong itu menunjukkan kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa ke neraka dan sesungguhnya seseorang yang suka berbohong ditulis disisi Allah dia seorang pembohong.

Begitulah amaran dan nasihat nabi ﷺ yang menunjukkan kasih kepada umatnya.

Jangan kita terikut-ikut dengan amalan manusia yang sesat yang hanyut fikirannya, tidak pedulikan petunjuk Allah SWT.

Tidakkah kita berdoa kepada Allah tiap-tiap rakaat sembahyang?

أَعُوذُ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَانِ ٱلرَّجِيمِ.

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ. ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ. صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ.

Maksudnya: Akan Engkau sahaja yang kami sembah dan akan Engkau sahaja yang kami minta pertolongan. Tunjukkanlah kami ke jalan yang betul. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat ke atas mereka, bukan jalan orang-orang yang dimurkai ke atas mereka dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

(al-Baqarah: 5 – 7)

بَارَكَ ٱللَّهُ لِي وَلَكُمۡ بِٱلۡكِتَابِ وَٱلسُّنَةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمۡ بِٱلۡآيَاتِ وَٱلۡحِكۡمَةِ. أَقُولُ قَوۡلِى هَٰذَا وَاَسۡتَغۡفِرُ ٱللَّهَ ٱلۡعَظِيمَ لِي وَلَكُمۡ وَلِسَائِرِ ٱلۡمُسۡلِمِينَ وَٱلۡمُسۡلِمَاتِ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

Khutbah