Pusat Kekeliruan (PAU 2021)

Pusat Kekeliruan (PAU 2021)

Saya akan mulakan dengan kenyataan bahawa saya bukannya nak mengejek Umno seperti yang didakwa oleh seseorang pembaca yang tak puas hati dengan ulasan saya mengenai Umno.

Umno sebagai parti politik yang berkemungkinan memerintah Malaysia akan memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia tak kira kaum.

Sama seperti saya kutuk DAP dan PPBM masa PH memerintah, saya akan menyuarakan ketidakpuasan hati saya terhadap Umno kerana saya nak Umno yang lebih baik dan berkemampuan memerintah dan mentadbir Malaysia tanpa kekeliruan politik semasa.

Dan apa yang Umno tunjuk semalam cukup mengelirukan.

Semalam ada berita yang menyatakan menteri dan pemegang jawatan GLC Umno perlu letak jawatan serta merta. (1)

Lepas tu presiden Umno cabar seorang menteri yang mengkhianati Umno untuk letak jawatan sekiranya menteri itu seorang jantan tapi tak namakan siapa menteri itu. (2)

Sebelum tu, ada berita bahawa mandat untuk tarik sokongan Umno kepada PN diberikan kepada Majlis Tertinggi. (3)

Ada juga seorang menteri yang kata dia akan letak jawatan sekiranya diarahkan oleh parti tapi tak letak jawatan serta merta sebab arahan masih belum diterima. (4)

Dan akhirnya, dari mula-mula lagi Zahid kata Umno akan bertanding ‘solo’ tapi akan terbuka bekerjasama dengan sesiapa pun selepas PRU. (5)

Umno is all over the place.

Confirm tak nak kerjasama, tapi juga tak menyatakan Umno akan tarik sokongan serta merta.

Lawan pilihanraya secara solo, tapi tak pasti boleh menang ke tak dan akan terbuka kepada kerjasama selepas pilihanraya, dan ini memberikan mereka kelonggaran untuk menyertai PN ataupun PH.

Ini macam dah terlalu tamak.

Di dalam kekeliruan semua ni, Umno Sabah pula enggan ikut arahan putus hubungan dengan PPBM. (6)

Hishammudin pula kata terlalu awal untuk mengisytiharkan Umno akan masuk PRU solo. (7)

Annuar Musa balas balik tak wajar presiden Umno cabar menteri letak jawatan. (8)

Sebenarnya, kalau Zahid betul-betul nak menteri letak jawatan, umumkan penarikan sokongan Umno saja.

Tak perlu cabar pun.

Tunjukkan Umno itu memang akan bertindak sebagai satu suara.

Tapi dah jelas Umno tak mempunyai satu suara juga kerana ada yang berani menyatakan pendapat berlainan dan mereka tidak dipecat serta merta.

Yang kena buang enam tahun tu bukannya MP, jadi tak apa.

Dan yang paling mengecewakan, ada pula orang Umno yang ugut PAS walaupun presiden PAS bagi muka hadir kat Perhimpunan Agung Umno. (10)

Haih.

Akhirnya, yang paling gembira dengan kekeliruan Umno ini adalah Lim Guan Eng. (11)

Kamu yang tak suka saya tegur Umno tu mungkin lebih suka tengok LGE bergembira ke?

Tolonglah. Gantikan Zahid.

Saya tak nak dipaksa pilih PPBM yang ada Azmin Ali. Boleh tak?

Peace.

Mak Khuin Weng – マク

1. https://www.sinarharian.com.my/…/Menteri-timbalan…

2. https://www.freemalaysiatoday.com/…/zahid-knocks…/

3. https://www.astroawani.com/…/umno-assembly-lets-supreme…

4. https://www.freemalaysiatoday.com/…/ill-quit-if-party…/

5. https://www.malaymail.com/…/zahid-umno-bn-will…/1961750

6. https://www.freemalaysiatoday.com/…/we-wont-cut-ties…/

7. https://www.malaymail.com/…/hishammudin-too…/1961763

8. https://www.freemalaysiatoday.com/…/presiden-umno-tak…/

9. https://www.freemalaysiatoday.com/…/pas-will-be-wiped…/

10. https://www.freemalaysiatoday.com/…/pas-will-be-wiped…/

11. https://www.astroawani.com/…/perpecahan-umno-bersatu…

Politik