UMNO Kelantan seperti mendongak di langit yang tinggi sedangkan kaki memijak duri.
Kita umpama jaguh yang tidak pernah menang perlawanan tetapi mahu digelar juara.
Hendak bercakap dengan siapa ni UMNO Kelantan?
Sepanjang hidup saya 27 Tahun ini, saya tidak pernah lagi merasai kemenangan yang diperoleh oleh UMNO Kelantan tetapi saban tahun mengemukakan bahwa kita tawan Kelantan dan sanggup berdepan dengan lawan iaitu PAS.
Saya hairan dengan lagak yang tidak mengenal musuh tetapi masih bermimpi memancing di laut dalam berbekalkan joran sejengkal.
UMNO Kelantan akan BERGERAK secara solo dan akan tetap berlawan dengan seteru iaitu PAS.
Ohooooo hoiiii (M. Daud Kilau) UMNO sebelum ini pun solo tetapi tetap kalah.
Yang membezakan dahulu adalah kerajaan.
MCA dan MIC tidak mendapat tempat di Kelantan.
Jadi UMNO Kelantan adalah solo yang tidak pernah menang.
PRU15 akan menang kah?
Saya pun tidak pasti strategi yang akan digunakan oleh UMNO bagi memenangi Kelantan.
Dahulu UMNO boleh hidangkan manifesto pembangunan kepada Kelantan kerana masih menjadi Kerajaan.
Sekarang tidak berkuasa nak tabur apa?
Melayu Islam kah?
PAS bukan Melayu Islam?
Penyokong PAS bukan seperti penyokong lain terutama UMNO, mereka sanggup menolak tawaran bulan dan bintang demi perjuangan Islam.
Semangat juang mereka tidak boleh ditutup dengan pembangunan.
Jika dahulu mereka mengundi calon UMNO untuk mewakili suara Kelantan di Parlimen.
Antaranya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Dato’ Sri Mustapa Mohamed, YM Tengku Razaleigh Hamzah Tan Sri Annuar Musa kerana kualiti pemimpin ini mampu menarik peruntukan daripada pusat.
“Negeri Kita Ambik, Parlimen beri kepada Pusat”.
Hari ini telah berbeza kerana PAS telah berada dalam kerajaan.
Buat apa kita beri undi kepada UMNO sedangkan kerajaan pada hari ini disertai oleh PAS?
Jadi, sebaik mana pun calon UMNO, sehebat mana pun calon UMNO, PAS sudah ada pilihannya.
Mereka tidak perlu bergantung lagi kepada UMNO dalam PRU15 nanti.
UMNO akan menjadi solo dan semakin ‘LOW’.
Penyokong PAS akan FOLLOW parti yang sanggup memberikan kemenangan iaitu Perikatan.
UMNO Kelantan masih tidak sedar?
Bagi saya, semasa dalam kerajaan kita tidak boleh menang apatah lagi kita tanpa jawatan.
Sukar untuk saya gambarkan masa depan UMNO pada masa hadapan dek kerana sombong dan angkuh dalam mengeluarkan perbahasan.
UMNO dan BULAN…. Rakyat Kelantan memilih BULAN.
Itu adalah kenyataan.
Tabur lah strategi apapun.. ISLAM di depan..
Membangun Bersama Islam.
UMNO sedar atau tidak?
Kita dah lama solo…..
Wan Mahussin Wan Zain