UMNO Masih Melambung Bola Di Libas Lawan

UMNO Masih Melambung Bola Di Libas Lawan

Persoalan telah terjawab.

Muafakat Nasional telah terbubar dengan sendirinya.

UMNO menekan PAS akhirnya UMNO tertekan.

Menteri, Pengerusi GLC yang dipegang oleh pemimpin UMNO tidak melepaskan jawatan dan bakal bertukar arah sepertimana ‘gagasan Azmin Ali’.

Yakin dan percayalah tidak semua menteri UMNO akan letak jawatan dan menarik sokongan kepada kerajaan.

Yang terjadi hanya air mata kerugian.

Apa yang perlu kita dambakan lagi?

MN tiada struktur kepimpinan yang kuat sepertimana yang dimeterai kan oleh PN?

Kenapa?

Kerana UMNO lebih memikirkan soal politik daripada merangka strategi pilihanraya.

Mereka lebih memburukkan lawan dan terlalu yakin dengan berdikarinya.

UMNO dahulu boleh berlari dan sekarang sakit kaki serta masih menganggap berlari laju seperti dahulu.

Masa rehat untuk sembuh tidak di manfaat sebaik mungkin, pesanan jurulatih tidak diendahkan, ubat tidak dimakan kerana yakin kepada kesembuhan tanpa ubat.

Kerusi roda dan tongkat diletakkan di tepi sehingga kaki sakit terpaksa dipotong dan berulat.

UMNO masih tidak sedar bahawa lalat telah menghampirinya dan masih tertukar hendak menggunakan Ridset atau Perfume.

Mereka guna Perfume untuk menghalau nyamuk kerana kewangiannya sedangkan lalat tidak peduli dengan sesuatu yang wangi.

Mereka tidak mahu gunakan ridset kerana bimbang berbau busuk.

Mereka tidak mahu ‘RESET’.

Hari ini telah menghukum UMNO lagi, meminta pilihanraya, darurat dilaksanakan, pinta PAS berkeputusan, MN dihapuskan.

Oh, beginilah nasib diriku yang malang!

UMNO bakal menjadi parti kecil yang mengharap ihsan parti lain?

Jika dahulunya UMNO is Main sekarang UMNO kena main.

Masih kental jiwa UMNO?

Sekian terima kasih.

Wan Mahussin akan kena gantung keahlian?

Wan Mahussin Wan Zain

Politik