Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong pendirian terkini PAS dan BERSATU untuk mengukuhkan kerjasama antara kedua parti dalam Perikatan Nasional.
Sudah tiba masanya PAS bergerak ke hadapan dalam usaha mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional, khususnya untuk berhadapan Pilihanraya Umum Ke-15.
Kerjasama antara dua pihak perlu diperkukuhkan, terutamanya dalam agenda menyatukan ummah serta menyatupadukan semua kaum, selari dengan kemajmukan masyarakat di Malaysia.
Pemuda PAS, pada masa yang sama percaya bahawa PAS akan terus menjadi perantara dalam meminimakan kemungkinan pertembungan tiga penjuru, yang bakal merugikan semua pihak.
Agenda penyatuan ummah akan terus diangkat, dengan Perikatan Nasional sebagai teras perpaduan.
Pemuda PAS mengajak semua pihak untuk bersatu hati dan berjuang bagi mempertahankan perpaduan ummah dan kaum di Malaysia.
Sebarang usaha membentuk ‘penjajaran baharu’ politik, khususnya melibatkan kerjasama dengan Pakatan Harapan harus ditentang.
Jangan biarkan tragedi pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan berulang kembali di negara ini.
YB Senator Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam Khirudin
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia