Beberapa hari lepas, diberikan kesempatan untuk bersama YB Ust Wan Sukairi, Exco Beliau, Sukan Dan NGO Negeri Terengganu.
Sekadar menjadi pendengar.
Cuma aku agak tertarik dengan isi perbincangan ketika itu dan datang rasa bangga dan sebak dalam dada.
Ust Wan cerita bagaimana usaha Kerajaan Negeri untuk menambahbaik kualiti sukan di Terengganu dan terus jadi jaguh.
Cuma kita orang PAS pastinya nak tahu apa nilai Islam yang telah dibuat dalam sukan di Terengganu.
Sinilah aku dengar satu persatu ulasan Ust Wan, dan aku makin yakin dengan perjuangan ini.
Begini. Sebagai contoh, di Terengganu ada acara Zumba campur lelaki dan perempuan di taman rekreasi dekat Bukit Besar.
Heboh sekejap baru-baru nie kan.
Jadi Kerajaan Negeri panggil dua tahun lepas lagi, semua pihak yang terlibat dan berikan garis panduan agar apa yang dibuat itu lebih baik dan teratur.
1. Zumba tidak dibenarkan sama sekali, yang dibenarkan hanyalah senamrobik.
2. Tidak boleh ada pencampuran bebas lelaki dan perempuan.
Kalau ada, lelaki mesti dihadapan dan perempuan di belakang.
Sebelum ini bercampur ikut dang gitu je.
Satu penambahbaikkan yang sangat baik dah.
3. Mestilah berpakaian menutup aurat dan longgar.
Sebelum ini ada yang tak tutup aurat, untuk permulaan ni kalau ada yang dah sarung kain letak atas kepala baik dah tu.
4. Disediakan juga dewan tertutup untuk mereka bersenamrobik terutamanya jika melibatkan wanita sahaja.
Sebenarnya cadangan asal nak letakkan penghadang di taman tu untuk peserta wanita.
Tapi bila bincang dan bincang tak dapat buat, jadi disediakan alternatif dewan berhampiran.
5. Instruktor (jurulatih di hadapan), sebelum ini ada lelaki dan perempuan.
Ditetapkan hanya lelaki sahaja duk di depan, dan instruktor wanita dihadapan wanita sahaja.
Sini syok kisah dia.
Bila buat polisi begini, rupanya di Terengganu hanya ada seorang sahaja instruktor lelaki yang ‘bertauliah’.
Jadi apa yang Ust Wan buat?
Beliau buka penyertaan kepada belia lelaki di Terengganu untuk jadi instruktor senamrobik.
Kerajaan Negeri bayar yuran kursus untuk jadi instruktor senamrobik.
Akhirnya dapat lahirkan lebih ramai instruktor lelaki.
Aku dengar nie rasa fuh.
Sampai tahap itu kerajaan negeri buat nak bagi rakyat bersenam dalam masa yang sama menjaga batas dan nilai agama.
Bukan takat tu sahaja, bahkan lagu senamrobik pun Ust Wan minta beberapa agensi untuk buat lagu senamrobik yang lebih ‘harmoni’ sebagai alternatif dari muzik yang pelik-pelik.
Bahkan kini, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan IPTA dan beberapa pihak untuk dibuat baju atlet yang mesra syariah dalam masa sama kena dengan ilmu sains sukan.
Begitu halus dan seninya Kerajaan Negeri mencari solusi bagi mewujudkan keadaan menang-menang.
Sukan boleh main, syariah boleh diperkasa.
Begitulah.
Ahmad Fahmi Mokhtar.