ZAHID TIDAK LAYAK TERUS PEGANG JAWATAN, KATA KU LI
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab dan tidak layak untuk terus memegang jawatan tersebut sekiranya pendedahan audio antara dirinya dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tulen.
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata, banyak pihak terutama ahli-ahli UMNO meletakkan harapan tinggi terhadap Ahmad Zahid untuk memimpin parti itu dengan baik.
“Pada pandangan saya tak baguslah, seorang pemimpin patut tidak berlagak macam itu.
“Dia mesti lebih bertanggungjawab sebab orang meletakkan harapan kepada dia untuk memimpin dengan lebih baik.
“Jangan dia ambil mudah.
“Mengenai rakaman audio ini, tak tahulah betul atau tak tapi dengar suara macam dia punya suara.”
“Kalau benar itu suara dia, kalau benar dia mempunyai niat macam itu.
Sebagaimana suara dia sememangnya dia tidak bertanggungjawab, tidak layak kekal di situ,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rabu.
Sinar Harian