PAS Tolak Jajaran Politik Baru

PAS Tolak Jajaran Politik Baru

Dasar Muafakat Nasional bukan sahaja PAS dengan Umno tetapi termasuk Bersatu.

“Itu adalah dasar dan prinsip yang kita telah bersetuju lama,” kata Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kepada wartawan selepas selesai menyampaikan kuliah dhuha mingguan di Masjid Rusila hari ini.

Masalahnya, pemimpin Umno tidak mahu mengikutnya.

“Kalau Umno tidak mahu mengikutnya, ini masalah mereka.

“Saya difahamkan bukan semua pemimpin Umno begitu,” tambah Tuan Guru lagi.

Menurut Tuan Guru lagi tujuan Muafakat Nasional adalah untuk menyatukan orang Melayu dan bukan PAS dengan Umno sahaja orang Melayu.

Penyatuan orang Melayu bukan sahaja melibatkan parti politik sahaja tetapi termasuk juga NGO-NGO, individu-individu dan semua pihak perlulah diterima.

Selain daripada Melayu kita juga menerima masyarakat majmuk.

Masyarakat majmuk akan digabungkan melalui Perikatan Masional.

Walau bagaimanapun kita menolak golongan dan tidak akan menerima golongan Melayu yang ekstrim.

Menurut Tuan Guru lagi Muafakat Nasional telah menubuhkan jawatankuasanya tetapi Umno telah ubahnya ditengah jalan.

Apabila ditanya tentang audio perbualan antara Datuk Seri Zahid Hamidi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru mengatakan bahawa itu sebahagian daripada Jajaran Baharu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO sebelum ini telah mengumumkan untuk mewujudkan jajaran baharu politik dan itu merupakan tanda-tanda penubuhan kerjasama berkenaan.

“Itu (audio) sebahagian daripada jajaran baharu, ia telah diumumkan dan itu tanda-tanda jajaran baharu,” katanya lagi.

Bagaimanapun Tuan Guru berkata PAS tidak akan menerima sebarang bentuk kerjasama bagi mewujudkan jajaran politik baharu melibatkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Marang itu menegaskan, PAS tetap konsisten menolak penubuhan jajaran baharu sebaliknya terus memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN).

“Kita terus dengan Perikatan Nasional bukan jajaran baharu, kita tolak jajaran baharu,” katanya ketika mengulas rakaman audio didakwa melibatkan Ahmad Zahid dan Anwar yang tular sejak beberapa hari lalu.

Tuan Guru berkata, parti itu juga tidak akan bekerjasama dengan UMNO jika wujud jajaran politik baharu bersama PKR kerana Muafakat Nasional yang dibina melibatkan beberapa parti lain dan PN digabungkan.

“Kita hanya bersetuju dengan Muafakat Nasional, bukan sahaja melibatkan Umno sahaja tetapi melibatkan Bersatu juga termasuk semua kumpulan Melayu, Islam,Bumiputra dan juga masyarakat majmuk dan Perikatan Nasional yang digabungkan.

Ditanya sekiranya rakaman audio didakwa melibatkan dua pemimpin utama itu benar-benar tulen, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai perkara tersebut.

“Tulen atau tidak saya tidak tahu. Cukup masyarakat menilai, sudah berapa kali tulen tak tulen, kerja macam itu sudah banyak kali.

“Kalau manifesto pun yang berjanji pun tak buat, jadi audio ini kecil saja,” katanya.

Politik