Datuk Seri Anwar Ibrahim Marah Bila Diasak Isu Audio Rakaman

Datuk Seri Anwar Ibrahim Marah Bila Diasak Isu Audio Rakaman

Soalan Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff:

“Soalan saya, itu suara Datuk Seri ataupun tidak?

Yang kedua, Datuk Seri sudah bercakap dua malam lepas akan buat laporan polis, sudah buatkah laporan polis?

Itu dua soalan saya.”

Jawapan dan Soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim:

“Soalan yang pertama, apa isu dia?

Mengeluarkan, mengintip satu rakaman, itu satu kesalahan, siapa yang lakukan, kalau benar tulen?

Keduanya, apakah benar kerajaan ini yang sibuk Menteri Dalam Negeri, Menteri Luar Negeri, riuh-rendah ini, tak pernah dengar pasal video dan audio yang lain?

Banyak.

Nampaknya sekarang ini dia nak jadikan ini modal politik dia untuk hebahkan kononnya Anwar-Zahid.

Baik, siapa tak dengar lagi video, audio–saya tak mahu cakap pasal video, sensitif–audio Tan Sri Muhyiddin yang sebut tentang kaitkan nama Yang di-Pertuan Agong, kaitkan akan beri jawatan Menteri kepada UMNO dan GLC, maknanya pemimpin UMNO boleh dibeli?

Sebab itu kita tengok sesetengah Menteri itu melompat sekarang, sebab nak jaga kedudukan, bukan nak jaga ahli UMNO untuk rakyat Melayu yang kononnya dia wakili.

Bagi saya itu soal principle nya.

Soal laporan memang saya belum, sebab saya baru balik dari Port Dickson.

Tapi saya sekarang memikir secara serius:

Apa isu dia?

Isu dia: Nak alih daripada rasuah yang menular sekarang, penggantungan Parlimen dan pengabaian dasar dan nasib rakyat.

Ini yang dia nak alih, Datuk, lantas audio itu menjadi keutamaan.

Apa isi masalah, kalau betul?

Kalau betul, apa masalahnya?

Ada khianat di situ?

Ada rasuah di situ?

Ada kesalahan jenayah?”

Jawapan Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff:

“Tidak.”

Jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim:

“Tidak ada.”

Soalan Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff:

“Bukan itu, bukan masalah, apa masalahnya, saya sendiri pun tidak ada masalah.

Soalan saya very simple, apakah itu Datuk Seri atau bukan?”

Jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim:

“Baik.”

Soalan Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff:

“Yang kedua, adakah Datuk Seri sudah buat laporan polis atau bukan, very straight forward.”

Jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim:

“Kalau tak ada masalah, apa masalah yang nak bangkitkan dalam majlis macam ini?

Apa masalah untungnya bagi rakyat?

Saya sudah sebut dengan buat kenyataan, Datuk Seri Zahid sudah buat kenyataan, cukup.

Masalah negara ini apa?

Masalah kemiskinan, masalah pengangguran, masalah keyakinan rakyat, terutamanya Melayu Bumiputera, ini yang mesti ditangani.”

Kamarul Yusoff

Isu Semasa