PAS Dan Judi

PAS Dan Judi

Sekadar mencelah catatan-catatan nakal kawan-kawan dari PH.

Tatkala negara kita dihebohkan dengan isu iklan judi raya, ada yang menjentik PAS.

Jadi tulisan ini untuk mereka.

Agar dijelas yang samar, dijernih yang keruh, ditegak yang benar.

PAS itu cukup sensitif dengan Judi.

Itu hal yang anda tidak boleh pertikaikan.

Kenapa?

Kerana ianya larangan jelas Allah SWT dalam al-Quran.

Sensitifnya PAS dengan judi ini sehingga penubuhan PAS pada 1951 antara sebabnya adalah judi.

Apabila UMNO secara majoriti dalam Mesyuarat Agungnya meluluskan cadangan mengadakan judi loteri untuk pungut sumbangan.

Maka, ulama dalam UMNO bangkit membantah cadangan ini.

Namun, lulus dalam mesyuarat agung.

Sebahagian ulama’ UMNO ini keluar UMNO dan bersama ulama’-ulama’ lain menubuhkan PAS, kerana UMNO sudah jelas menentang hukum Allah secara kolektif.

Ini sudah cukup nak katakan betapa sensitifnya PAS pada judi.

Begitu juga apabila PAS menjadi sebahagian kerajaan Malaysia pada 1974-1978.

PAS telah meminta iklan judi toto di buang dari disiarkan dalam televisyen.

Kita berjaya buangnya.

Begitu juga saat memerintah Kelantan 1990, PAS dengan tertibnya memanggil ketua-ketua agama lain berbincang berkenaan judi.

Maka semua agama tidak benarkan judi.

Lantas diharamkan judi di Kelantan, seterusnya di Terengganu.

Ini lakaran ringkas sejarah PAS dengan judi.

Hari ini timbul iklan raya judi, ada anak kecil dalam politik terloncat-loncat membaling batu pada PAS.

Shhuuuhhhh, pergi main jauh-jauh kawan.

Demo dok kenal barey.

PAS yang kini jadi kerajaan pun bertalu-talu mengeluarkan kenyataan meminta pihak yang terlibat diambil tindakan.

Pagi heboh iklan judi, tengahari SKMM dan PDRM keluarkan kenyataan, petang video disekat, malam mereka terlibat ditangkap.

Tahniah agensi kerajaan.

Kawan, belum terlambat untuk aku ucapkan, Ramadan Kareem (jangan baca: Haji Mabrur ye).

Ahmad Fahmi Mokhtar

Isu Semasa