Rentas negeri bukan masalah.
Rentas negeri tanpa ada rasa tanggungjawab itu yang jadi masalah.
Bagaimana rentas negeri boleh berlaku tanpa berlaku penularan Covid 19.
Ini yang kita kena fikir dan faham.
Hari ini saya kongsi lagi kisah rentas negeri yang ada masalah.
YANG JADI MASALAH.
Selepas 4 hari balik rentas negeri bergejala tapi molek2 ada masuk kerja.
Masih ambik masa 2 hari untuk pergi klinik.
Akhirnya semua rakan sekerja disaring dan dikurantinkan.
YANG JADI MASALAH.
Sudah bergejala masih lagi bersama dalam majlis berbuka puasa bersama 25 ahli keluarga.
Akhirnya semua ahli keluarga terpaksa disaring dan dikurantin.
Kita kena ingat 3@4 hari sebelum dan selepas seseorang itu bergejala, kadar jangkitan sangat tinggi.
Keluarga di sana sudah 5 positif.
Keluarga di sini belum tahu lagi.
Kita berharap sangat tiada kluster baru akibat ini.
YANG JADI MASALAH.
Orang ambik mudah dengan situasi Covid 19 yang semakin membimbangkan.
Bila dah jadi kontak rapat mula keluh kesah.
Awalnya semua orang tak kisah.
Masing2 kata Covid 19 hanya sebuah kisah.
Akhir nya semua orang susah.
Rakyat susah. Ekonomi susah. Petugas kesihatan pun susah.
Mereka bekerja SEKUR SEMBANG sejak setahun yang lalu.
Bulan puasa ini ke hulu hilir buat saringan, kesan kontak rapat, angkut pesakit ke Hospital dan macam2 aktiviti lagi.
Siapa peduli.Orang tanpa segan silu maki kutuk dan kecam.
Sampai melaknat pun ada.
Kita sudah jauh terpesong dari budaya adab sopan berbudi bahasa.
Yang kena tempias adalah petugas kesihatan.
Sedangkan mereka hanya menjalankan tugas.
Pandemik Covid 19 ini ibarat berdepan dengan api.
Bukan api jer kita kena padam.
Semua bara pun kena padam sebab jika api sahaja dipadam dan bara dibiarkan, bara ini lah nanti akan membakar semula.
BERINGAT LAH SEMUA.