Saya terpanggil untuk berikan pandangan mengenai cerita seorang YB DAP memberi bantuan sebuah motosikal honda yang menjadi hiruk pikuk apabila cerita itu dipertikaikan dari segi keikhlasan dan kesahihan tentang motosikal tersebut.
Sebelum itu kita kena perkenalkan dulu slogan DAP, Cekap Akauntabiliti Telus (C.A.T).
Maksudnya segala apa jua tindak tanduk dan keputusan dibuat oleh DAP mestilah Cekap, Akauntabiliti dan Telus.
Apabila seorang YB DAP mewar-warkan di halaman akaun FBnya, mengenai cerita seorang remaja Melayu berasal dari Kelantan bekerja di Pulau Pinang dengan gaji sebanyak RM500 sebulan.
Disebabkan pendapatannya itu tidak mencukupi selepas bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang, berehat sejam kemudian mulalah menjadi seorang penghantar makanan dengan Food Panda.
Disebabkan tiada motosikal, maka dia pinjam basikal rakannya dan bekerja dari jam 6 petang sehingga jam 11 malam.
YB DAP berkenaan pun muat naik beberapa gambar yang memperlihatkan keadaan sedihnya dipujuk oleh YB DAP berkenaan, selain menunjukkan kedua belah tangan terbakar kena sunburn, dibeli sunblock dan disapu kepada kedua belah tangan akhirnya muat naik budak Melayu berkenaan kegembiaraan amat menunggang sebuah motosikal honda warna oren yang dikatakan dibeli dengan harga RM4,500 wang gaji wakil rakyat berkenaan bukannya sumbangan dari mana-mana pihak.
Susulan dari cerita berkenaan maka seorang pensyarah kanan dari UUM Dr Kamarul Yusoff telah mengupas dan mempertikaikan beberapa butiran yang mencurigai akan kesahihannya sesuai dengan slogan DAP yang Cekap, Akauntabiliti, Telus.(C.A.T).
Mula-mula Dr Kamarul Yusoff pertikaikan mana mungkin seorang yang bekerja diberikan gaji sebanyak RM500 sebulan sedangkan kerja minima yang diluluskan oleh kerajaan ialah RM1,200 sebulan.
Setelah diselidiki lebih mendalam didapati remaja lelaki Melayu tersebut sememangnya berasal dari Kelantan sedang belajar mengambil diploma disebuah Politeknik dan ke Bukit Mertajam untuk membuat praktikal.
Perlu tahu membezakan antara gaji bulanan dengan elaun bulanan.
Sebab seseorang yang sedang menjalani praktikal tidak diberikan gaji sebaliknya hanya elaun sahaja.
Jelas dalam menghebahkan latar belakang remaja Melayu berkenaan ianya tidak tepat.
Begitu juga harga motosikal berkenaan YB DAP itu sendiri akui membelinya dengan harga RM4,500 termasuk insuran, cukai jalan dan minyak full tank.
Hakikatnya motosikal Honda Dash 125 yang dimuat naik itu harga tunai sekitar RM6,300 – RM6,400.
Jadi dipertikaikan betul ke YB DAP boleh beli motosikal Honda Dash 125 warna oren dengan harga RM4,500?
Akhirnya dalam sidang media semalam YB DAP memberitahu bahawa dia memang keluarkan wangnya sendiri RM4,500 dan tambahan RM2,000 disumbang oleh individu yang mau namanya dirahsiakan.
Jadi apa yang dipertikaikan tentang tidak mungkin boleh membeli sebuah motosikal Honda Dash 125 beserta dengan insuran, cukai jalan dan minyak full tank dalam harga RM4,500.
Disini YB DAP tidak telus dalam mengisytiharkan butiran pembelian.
Kemudian kita pergi ke basikal yang digunakan oleh remaja Melayu berkenaan yang jelas tidak boleh nak terfikir memandangkan tempat duduknya yang cukup rendah dibandingkan dengan remaja Melayu berkenaan yang tinggi lampai.
Tiada siapa pun boleh terfikir remaja Melayu berkenaan boleh sanggup berkayuh dari jam 6 ptg hingga sehingga 11 malam dalam suasana yang amat tidak selesa.
Muat naik gambar yang jelas tidak cekap sebaliknya mengundang pelbagai persoalan tidak masuk akal.
Selepas itu cerita kedua belah tangannya terbakar kena sunburn sehingga mengelupas.
Sekali pandang seperti sunburn yang cukup teruk dibawah matahari cukup terik paling kurang 3-4jam sehari.
Peliknya remaja Melayu berkenaan mula menjadi penghantar food panda selepas tamat buat praktikal dan setelah berehat sejam baru dimulakan.
Dari jam 6 petang hingga 11 malam ada matahari terik ke mamancar di Bukit Mertajam?
Lagi satu remaja Melayu berkenaan memakai baju T lengan panjang.
Macam mana boleh sinar matahari waktu 6 petang hingga 11 malam tebus dan bakar kedua belah tangannya sedangkan mukanya tidak ada sedikit pun tanda-tanda kena bakar oleh sinar matahari?
Disitu memperlihatkan tidak cekapnya dalam membuat skrip cerita sehingga timbul tanda tanya yang meminta jawapan yang masuk akal and it was an insult to people’s intelligence dalam menimbang kebenaran/logik dengan auta dan tidak masuk akal.
Akhir sekali isu berkenaan pensyarah berkenaan meletakkan harga RM2,000 keatas kepala remaja Melayu itu yang menyebabkan YB DAP kelihatan amat marah.
Jelas YB DAP cuba memutarkan fakta.
Apa yang dilakukan oleh pensyarah kanan UUM itu ialah untuk mendapatkan butirannya yang sebenar kerana butirannya disorokkan oleh YB DAP itu atas alasan privacy.
Kalau nak privacy mengapa bantuan berkenaan tidak diberikan secara senyap-senyap tanpa publisiti dan propaganda?
Itu baharu betul dan tepat apa makna privacy.
Lagi sekali YB DAP tidak cekap dan telus.
Ini dilakukan semata- mata demi political milage yang mau mengambarkan kepada masyarakat bahawa DAP bukan anti Melayu.
Lagi satu, kerana pensyarah kanan UUM itu mau menghulurkan sedikit bantuan peribadi selain dikatakan kerajaan Kelantan agak terusik dengan cerita yang dimuat naik oleh YB DAP maka ingin menawarkan kerja sesuai dengan kelayakan dimiliki dengan gaji jauh dari RM500 sebulan.
Apabila tidak amalkan apa dilaungkan, Cekap, Akauntabiliti, Telus (C.A.T) maka inilah akibatnya.
Sekian.
Kredit kepada penulis : The Avangers