Ini Semua Salah KKM Dan Kerajaan

Ini Semua Salah KKM Dan Kerajaan

Situasi 1

Me : Kenapa buat swab test?

Patient : Ada staff kat tempat kerja.

Keluarga dia semua kena kuarantin pakai gelang pink, sebagai contact rapat.

Dia tak kena sebab tak duduk serumah.

Tapi dia pergi jumpa parents dia, siap tidur kat sana.

Lepas tu dia datang kerja macam biasa.

Tiba-tiba dua hari lepas dia cakap ayah dia positive.

Dan dia sendiri dah mula ada batuk dan selsema.

Bila buat test,dia pun positive.

Dah satu department kena buat swab test.

Me : Kenapa dia pergi jumpa parents dia?

Kan kena kuarantin tak boleh jumpa sesiapa?

Patient : Itulah doktor yang buat kami marah sangat ni.

Kalau dia kata dia ada contact rapat, kita semua faham kalau tak datang kerja.

Situasi 2

Me : Ada contact dengan yang positive COVID ke?

Patient : Kawan saya tadi yang hantar saya.

Me : Eh, bila dia positive?

Dah habis kuarantin ke?

Patient : Baru 2-3 hari.

Me : Kenapa awak jumpa dia??

Kenapa dia keluar?

Kan kena duduk rumah kuarantin?

Patient : Eh, tak boleh keluar ke?

Dia hantar saya sahaja lah.

Situasi 3

Patient : Doktor, kalau seseorang ada contact rapat,kena kuarantin ke?

Me : Betul, kuarantin selama 10hari.

Patient : Kawan saya ni, family dia ada positive.

Tapi boss suruh juga dia datang kerja.

Boss kata sebab dia takde surat/takde gelang pink and result dia negative.

Tapi belum lagi satu minggu family dia positive.

Boss pakaa juga suruh datang.

Me : Tak boleh. Kena kuarantin dan tak boleh ke mana-mana.

Suruh kawan awak pergi dapatkan surat dan gelang.

Bawa result swab test sekali.

=====================================

Banyak lagi situasi yang jumpa kes-kes macam ni..hampir setiap minggu akan ada cerita macam ni.

Orang awam marah bila KKM report kes makin hari makin banyak – tipu data lah…tipu report la ..frontliners buat cerita lah.

PKP dah setahun lebih…apsal kes makin banyak??

Apa yang KKM buat selama ni??

Kawan-kawan, Ini realitinya.

Kes makin naik sebab SIKAP.

Korang tak jumpa orang-orang macam ni, jadi korang ingat mustahil kes naik sebab korang jaga SOP bagai.

Tapi hanya kerana kita tak tahu orang lain tak jaga SOP, bukan maknanya takde.

Ni belum lagi cerita pasal budak-budak sekolah.

Yang parents ada contact rapat tapi anak hantar pergi sekolah.

Ini SIKAP.

PKP dah macam-macam huruf ada.

PKPB lah..PKPP lah…PKPD lah…kat sana tamat, kat sini mula.

Kluster makin bertambah.

Buatlah SOP bagai ..PKP sampai 10 tahun pun tapi kalau SIKAP orang ramai masih tak berubah…macam mana kes nak turun?

Lagi satu, cuba fikir logic.

Kalau KKM sengaja tambah nombor kes…nak buat apa?

Siapa yang banyak kerja?

Diorang juga kan?

Korang semua tahun lepas tak dapat raya,tahun ni dapat juga raya 1-3 Syawal di kawasan PKPB.

Diorang tahun ni pun tak dapat raya.

Cuti dibekukan lagi.

Kalau KKM nak buat cerita, baik buat cerita yang susahkan orang lain..buat apa buat cerita yang akhirnya diorang pihak paling terkesan?

Sudah-sudahlah tu.

Bagi kerjasama, ubahlah sikap kita.

Kalau tak boleh senangkan orang, jangan susahkan.

Irenessa Dahlan

Kesihatan