Belum reda pertelingkahan mantan KPN, TS Hamid Bidor yang baru bersara wajib bila kontrak beliau tamat pada 3 Mei 2021 dengan bos KDN, DS Hamzah Zainuddin.
Kini, mantan PM6 DS Najib pula pertikaikan kenyataan penjawat awam KP KKM dengan menyatakan PKP2.0 yang dilaksanakan gagal hinggakan perlunya PKP3.0.
Sebagai bekas perdana menteri, adalah wajar beradab dan berakhlak didalam melontarkan sebarang pandangan dan cadangan membina kepada kerajaan PN.
DSN lupakah, Umno mempunyai anggota kabinet dalam Kerajaan PN.
Malah beberapa menteri Umno adalah menteri kanan.
Malahan 3 Menteri yang telibat secara langsung ialah DS Ismail Sabri, Adham Baba dan Khairy Jamaluddin.
Umno turut gagal?
Apa yang mantan PM6 nak sebenarnya?
Ingat matlamat tak menghalalkan cara.
Adakah dengan mengkritik segala tindakan kerajaan PN didalam menguruskan krisis covid19 dan ekonomi dapat memuaskan hati.
DSN sewajarnya menjadi teladan, umpama jarum yang menyatu bukan gunting yang membelah.
Moga Ramadhan kali ini membersihkan hati kita daripada penyakit hasad & ujub.
Dr Z.A
p.s.
Jangan hanya menyalahkan orang lain kalau kita sendiri tidak mengikuti SOP yang ditetapkan.
Sebagai pemimpin kita hendaklah memberi contoh tauladan yang baik dan mematuhi SOP.
Adakah kita bangga untuk menyiarkan dalam media sosial ketika membayar saman yang berjumlah RM3,000 apabila kita melanggar SOP dan tidak sedikitpun menunjukkan rasa bersalah kerana melanggar SOP.
