#Aid4Palestine

#Aid4Palestine

Setiap umat Islam perlu memberikan tekanan ke atas rejim Zionis Israel dengan pelbagai cara antaranya dengan infaq dan sumbangan bagi membantu perjuangan rakyat Palestin, sebagai tanda pengorbanan dan kasih kita kepada Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin yang dimuliakan oleh Allah.

Sekretariat #Aid4Palestine” akan berfungsi sebagai koordinator jaringan NGO dan masyarakat sivil bagi menggerakkan kempen kesedaran rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin, serta menyelaras kutipan dana #Aid4Palestine melalui kaedah ‘crowdfunding’ dengan sasaran bantuan RM 1juta yang akan disalurkan terus ke bumi Palestin.

Sebagai tanda keprihatinan kita terhadap perjuangan membebaskan bumi al-Aqsa dan Palestin, marilah kita sama-sama menyalurkan bantuan secara ‘crowdfunding’ melalui NGO yang disertakan di dalam poster yang disediakan.

Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan ini menjadi ganjaran dan pahala yang besar di sisi Allah sebagai tanda keimanan dan kasih sayang umat Islam kepada Palestin.

Ekonomi