Alhamdulillah, saya bertanya khabar kepada Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, YB Dr. Azman Ibrahim berkenaan kompaun yang telah dikeluarkan oleh PDRM kerana menerima tetamu pada hari raya pertama semalam.
Apakan daya kata beliau undang-undang perlu dihormati, walaupun berpangkat, kita kena ada rasa tanggungjawab bersama dalam mematuhi undang-undang.
Tiada yang kebal dan mengatasi undang-undang.
Kata beliau, menurut PDRM, tiada yang dikatakan denda sebanyak RM25k itu.
PDRM juga tidak mengetahuinya.
Mungkin netizen yang membuat undang-undang sendiri yang menyebabkan orang ramai percaya.
Oleh kerana YB Dr Azman telah menunjukkan contoh yang baik dengan segera ke balai polis untuk menjelaskan keadaan dan kompaun akan dibayar di Pejabat Kesihatan Ahad ini sebaik habis cuti raya, maka kes itu telah selesai.
Mengaku melakukan kesalahan dan menerima semua tanggungjawab atas kesalahan itu, sememangnya sikap Dr Azman yang saya kenali semenjak dahulu.
Tanpa segan dan malu kerana beliau sentiasa berprinsip, manusia tiada yang sempurna.
Beliau seorang yang tegas.
Beliau tenang sahaja menerima teguran dari kawan-kawan bila ada isu berbangkit.
Dan saya pula tidaklah perlu membelasah beliau melalui media sosial.
Kita ikut aturan dan adab bertanya.
Sekarang, kita perlu juga bertegas kepada sesiapa sahaja yang turut melakukan kesalahan yang sama kerana pimpinan negeri sendiri telah membayar denda kerana kesalahan.
Mungkin mantan Adun Jabi, saudara Iskandar Jaafar dari Umno juga boleh mencontohi sikap rendah diri Dr Azman yang setelah tersebarnya gambar itu dengan segera ke balai polis bagi menjelaskan keadaan dan menerima kompaun kesalahan menerima tetamu.
Ramai orang sedang tertanya-tanya adakah foto-foto yang tersebar menunjukkan saudara Iskandar menerima tetamu itu foto raya tahun lepas atau raya tahun ini kerana ia dipercayai berlaku di kediaman baru beliau.
Tetapi jelas ia dimusim PKP dengan adanya pelitup muka itu.
Jika tahun lepas alhamdulillah.
Tapi jika baru berlaku raya tahun ini, mungkin saudara Iskandar boleh menerangkan yang sebenarnya itu ialah cucu-cucu atau anak saudara beliau tinggal serumah semenjak dahulu.
Itupun kalau Iskandar yang berumur 46 tahun memang sudah mempunyai cucu.
Kalau tidak, rakyat akan tertanya-tanya.
Nanti dikata orang, belum lagi berkuasa, tetapi tidak mahu menjelaskan kepada rakyat apa yang berlaku, maka boleh kita fikirkan apa yang bakal berlaku jika mempunyai kuasa kelak.
Gambar paling bawah ialah mantan MB Terengganu, Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersama anak cucu dan menantunya.
Saya bersangka baik semua mereka itu memang tinggal sebumbung dengan Dato Seri semenjak dahulu lagi, atau paling kurang sebelum PKP diisytiharkan.
Selamat hari raya semua.
Mohd Nasir Abdullah
14 Mei 2021