Pagi tadi saya sempat turun ke Kg Pelagat 3 untuk meninjau aktiviti saringan Covid 19 di sana yang telah dikenakan PKPD bermula pada 14hb Mei hingga 27hb Mei 2021.
Sungguh tidak diduga dek akal bilamana seramai 10 famili telah meninggal di Pelagat 3 sebelum PKPD dimulakan.
Pergerakan ini memberikan risiko untuk menularkan Covid 19 ke tempat lain pula.
Dikhabarkan juga 10 famili ini berjaya dikesan semula.
Di Pelagat 3 sahaja sebanyak 54 kes telah dikesan setakat ini.
Sehingga ke hari ini Besut telah melaporkan sebanyak 1094 kes Covid 19, tertinggi di Terengganu.
Bilangan kes aktif pula seramai 393 orang dengan angka kematian sebanyak 11 orang.
Sebanyak 11 kluster sedang dipantau di Besut.
Kluster terbesar adalah Kluster Tok Has dengan jumlah kes sebanyak 204 orang diikuti Kluster D’Lahar dengan jumlah kes sebanyak 151 orang.
KALAU MASIH TAK FAHAM
Virus Covid 19 berterbangan melalui droplets semasa bercakap atau bernafas.
Apalagi bila bersin atau batuk.
Berpusu2 virus keluar mencari host baru.
Analogi nya sangat mudah.
Jika pakai PELITUP MUKA, virus tu tak hinggap kat kita.
Jika DUDUK JARAK virus tu pun tak sampai kat kita juga.
Ringkasnya KEPATUHAN SOP mengurangkan risiko jangkitan Covid 19.
Tapi ramai orang ambik mudah kebolehjangkitan Covid 19 ini.
Bila disahkan positif baru keluh kesah.
Sebelum itu ramai orang buat tidak kisah.
Akhirnya semua orang susah.
Warga Besut dari semua lapisan masyarakat kena bersungguh2 PATUH SOP dan HAD PERGERAKAN dan ELAK PERKUMPULAN RAMAI.
Baru lah jangkitan Covid ini boleh diputuskan.
Jika hal ini gagal dipatuhi tidak mustahil kita akan berhadapan dengan kluster yang lebih besar lagi.
Pada masa itu kemudahan kesihatan yang ada mungkin tidak lagi mencukupi untuk menampung peningkatan bilangan kes.
Dr Nor Azimi Yunus
Pengarah Kesihatan Terengganu



