Malaysia Komited Membantu Palestin

Malaysia Komited Membantu Palestin

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima panggilan telefon daripada saudara Ismail Haniyya, Ketua Biro Politik Hamas yang berada di Semenanjung Gaza, memaklumkan situasi semasa yang di Palestin, terutamanya di Gaza.

Beliau mengatakan bahawa beliau amat terkesan mendengar perkhabaran berhubung keadaan masyarakat Islam di Palestin, khususnya Semenanjung Gaza yang amat menyedihkan serta menyayat hati.

“Saya menzahirkan ucapan takziah dan dukacita bagi pihak seluruh rakyat Malaysia atas kehilangan nyawa serta kecederaan yang dialami rakyat Palestin akibat serangan ganas rejim Israel.

“Saya turut menegaskan pendirian serta usaha-usaha yang telah dan sedang diambil Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin tatkala menghadapi detik yang sukar ini”, kata Muhyiddin.

Perdana Menteri juga menyatakan komitmen Malaysia dalam mencari jalan untuk menghulurkan bantuan sewajarnya bagi membantu meringankan kesukaran rakyat Palestin.

“Saya juga berkongsi keprihatinan dan inisiatif yang dilakukan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia serta rakyat Malaysia yang kini giat menganjurkan bantuan kemanusiaan serta bersolidariti penuh ke atas perjuangan rakyat Palestin pada waktu yang mencabar ini”, tambahnya lagi

Beliau sangat menghargai keprihatinan rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan berterima kasih atas bantuan berterusan yang telah diberikan.

Dalam Negeri