Dalam minggu ini sahaja, sudah tiga kali Majlis Keselamatan United Nations bersidang, tetapi malangnya satu kenyataan belum dikeluarkan mengenai situasi semasa di Palestin.
Malaysia kecewa dengan Majlis Keselamatan PBB yang gagal untuk mengutuk tindakan Israel serta menggesa keganasan ke atas rakyat Palestin dihentikan.
Untuk itu, Malaysia menyaran Majlis Keselamatan PBB melaksanakan segera tiga gesaan ini:
Majlis Keselamatan PBB perlu bertindak segera dan memikul tugasnya yang termaktub di bawah Piagam PBB;
Majlis Keselamatan PBB hendaklah tegas dan bersatu suara serta bertindak pantas terhadap siri serangan oleh regim Israel;Dan paling penting,
Majlis Keselamatan PBB perlu mengkaji semula cadangan mengenai penempatan pasukan bersenjata PBB atau pemerhati tidak bersenjata bagi meningkatkan perlindungan ke atas rakyat Palestin.
Selain 3 gesaan ini, Malaysia, selaras dengan kenyataan bersama Negara Brunei Darussalam dan Indonesia mendesak Perhimpunan Agung PBB untuk segera mengadakan Sesi Khas bagi menghentikan kekejaman dan penjajahan Israel di Palestin!
Hishamuddin Tun Hussein