Saban tahun, kita sentiasa melihat kekejaman yang dilakukan oleh pihak musuh kepada umat Islam di seluruh dunia.
Hati kita meruntun, sayu, sedih, kecewa dengan segala apa yang terjadi.
Pada kebanyakan peristiwa, ia berlaku di luar daripada negara kita.
Maka, kita, dari jauh memohon keampunan dan maaf kepada saudara kita itu kerana tidak dapat bersama membantu mereka.
Jika boleh, kita juga mahu syahid bersama mereka.
Wang adalah pengganti diri, bagi membantu saudara kita yang teraniaya itu.
Dan tentulah sukar untuk membawa masuk wang ke kawasan perang atau kemusnahan itu jika tidak kita menyalurkannya kepada pihak-pihak yang mempunyai pengetahuan akan hal keadaan di sana.
Terkadang, ada yang miskin, tetapi mereka juga mahu membantu.
Tiada yang dapat diberikan, melainkan doa-doa, memohon bantuan Allah.
Kedua perlakuan ini, amat mulia.
Bagi yang bercita-cita syahid, inilah jalannya.
Korbankan dahulu harta benda kita sebelum memberikan korban nyawa kepada agama Allah.
Jika kita yang kaya raya, harta pun kita ‘kupik’ untuk dikeluarkan ke jalan Allah, maka jangan berharap kita berani untuk bersedekah nyawa kita.
Adat kata, jangan mimpilah dapat mati syahid.
Dalam surah as-Saff, dinyatakan bahawa jalan untuk menyelamatkan azab Allah ialah dengan beriman kepada Allah dan rasul, mengorbankan harta benda sebelum akhirnya nyawa kita.
Saya teringat kepada satu persitiwa yang berlaku di hadapan saya.
Waktu itu sedang hangat dihebohkan tentang kumpulan al-Maunah.
Maka ada beberapa rakan yang bersemangat mahu syahid berperang melawan kerajaan.
Maka diajaklah seorang ustaz untuk berjihad bersama al-Maunah.
Dengan tenang, ustaz itu menjawab, kalau dah setiap kali tabung masjid lalu, kau sentiasa tertidur, tak letak duit pun dalam tabung, jangan beranganlah nak korbankan nyawa tu.
Langsung diam pemuda itu.
Manakala doa pula, yang dibacakan secara sembunyi kepada saudara kita, tanpa mereka mengetahuinya, adalah antara kaifiat yang terbaik untuk menjadikan ia mustajab.
Antara kaedah lain, kita bacakan ketika sujud dalam solat kita, kita bacakan dengan penuh ikhlas, dia kita dalam permusafiran bagi membantu saudara kita di sana.
Kita beristighfar dengan sebanyak-banyaknya semoga dosa-dosa kita diampunkan dan doa kita menjadi mudah dimakbulkan.
Dalam pada itu, elok kita mengambil sedikit renungan daripada hadis rasulullah saw yang pernah mengingatkan kita akan seorang musafir yang kusut masai pakaiannya lalu dia berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
Namun, kata rasulullah lagi, sedangkan pakaian dan dagingnya tumbuh dari sumber yang haram, lalu bagaimana Allah akan menerima doanya?
Padahal doa orang yang bermusafir adalah antara doa yang paling mudah diterima Allah.
Saya mengambil satu isu khusus iaitu, riba.
Berapa ramaikah lagi antara kita yang masih bergelumang dengan riba.
Sistem riba adalah sistem yang sengaja diadakan oleh Yahudi.
Ada antara kita masih menggunakannya sedangkan kita ada pilihan dan lebih utama, Allah melarang riba, tuntas.
Dalam surah al-Baqarah, jelas digelar pengamal riba sebagai golongan yang memerangi Allah.
Jadi mana mungkin kita mengadu kepada Allah, Yahudi, musuh-Mu Allah membunuh rakyat Palestin, sedangkan kita juga musuh Allah?
Kita bimbangkan rakyat Palestin melebihi nasib kita.
Palestin, Allah menentukan apa keputusannya, samada kita suka atau tidak, kita tidak boleh mengawalnya.
Manakala riba pula adalah pilihan kita, mahu diam di dalamnya ataupun keluar.
Jika kita kekal, bermakna kita isytihar perang dengan Allah.
Jika kita keluar, maka Allah adalah maha pengampun.
Jadi sanggupkah kita menghapuskan riba yang kita amalkan sebagaimana arahan Allah untuk meninggalkan segera riba walaupun kita kerugian?
Jika tidak berani, kembalilah anda membaca kisah sindiran ustaz yang saya nyatakan di atas, mahu berjihad nyawa, tetapi tabung lalu di depan mata pun tidak dihulur.
Mahu berjihad dan doa diperkenankan, tetapi masih bersama riba.
Lalu apakah tandanya kita ini, perbuatan tidak menyamai perkataan?
Mengambil insurans motor yang harganya murah itupun ada yang masih bergelumang dengan riba, sedangkan pilihan dengan takaful berlambak-lambak.
Apa jadi dengan doa kita kepada rakyat Palestin?
Adakah dimakbulkan?
Atau kita hanya perasan yang doa kita termakbul, sedangkan yang termakbul adalah doa orang lain yang ikhlas dan benar kerana Allah, bukan doa kita.
Justeru, akhirnya kita tetap tenggelam dengan riba, kerana menyangka rezeki kita melalui riba itu adalah baik dan tandanya ialah ‘keberkatan’ dan ‘makbul’ nya doa kita itu kepada Palestin.
Konon kita merasa kemanisan harta ‘halal’ sambil terlupa ia melalui jalan riba.
Saya memohon maaf pada semua yang membaca tulisan ini, jika ada yang tersinggung.
Bukan niat saya untuk menyakitkan hati sesiapa, tetapi sebagai muhasabah kepada kita semua.
Terkadang lidah ini kelu untuk mengungkapkan kebenaran secara berhadapan, maka tulisan adalah pengganti kata yang terbaik bagi menyampaikan hasrat.
Apapun, maksud kepada teguran itulah yang amat mahu dicapai pembaca.
Keluarlah dari riba. Beranikan diri rugi tanpa riba, daripada untung dengan riba.
Mohd Nasir Abdullah
18 Mei 2021