Derma Melalui PAS Paling Selamat Dan Meyakinkan

Derma Melalui PAS Paling Selamat Dan Meyakinkan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nova Asia Resources Sdn Bhd, Dato’ Albert Tay telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Tabung #Aid4Palestin, di sini semalam.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menerima sendiri serahan oleh ahli perniagaan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CLA Global Holding Sdn Bhd kediaman rasmi Seri Mentaloon.

Kata Albert, walaupun beliau berbangsa Cina, tetapi beliau anak Malaysia dan anak Negara Islam yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam, ganas dan tidak berperikemanusiaan penjajah Zionis Israel. 

Beliau mengecam tindakan terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa dan mengakui pendermaan melalui PAS adalah paling selamat dan meyakinkan dan menyeru bantuan untuk kesengsaraan Palestin segera berakhir.

Sanusi dalam pada itu menyifatkan sumbangan Dato’ Albert melalui beliau yang juga Pengerusi Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) menunjukkan keyakinan pelbagai pihak kepada PASRelief.

Juga katanya, menunjukkan kempen #Aid4Palestine telah menzahirkan keprihatian yang melangkaui sempadan bangsa dan agama di mana ia merupakan perkembangan sangat baik untuk Malaysia.

“Ini bermakna, orang ramai berkongsi rasa atas nama kemanusiaan sejagat. Terima kasih kepada syarikat-syarikat perniagaan dan orang ramai yang prihatin,” ujar beliau.

PASRelief merupakan badan khusus PAS yang melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan dan bantuan di peringkat antarabangsa termasuk Palestin yang disalurkan bantuan bulanan serta pelbagai komitmen lain.

HARAKAHDAILY

Palestin