Kepercayaan tinggi ahli dan penyokong terhadap PAS yang dibina sejak sekian lama.
Dengan rangkaian hampir 200 PAS kawasan dan hampir 10,000 cawangan di seluruh negara, PAS menanam akhlak bersangka baik dan saling mempercayai sesama mereka dalam melaksanakan kerja-kerja Islam dan perjuangannya.
Segala kesulitan dan kesangsian diselesaikan dengan disiplin agama berasaskan taqwa dan muraqabah (Allah maha melihat).
Amil zakat adalah perantara yang dimuliakan Allah (menjadi sebahagian daripada asnaf zakat) dalam mengutip wang zakat para hamba-Nya.
Begitulah para pengurus tabung derma.
Mereka mesti mulia dan dimuliakan oleh umat Islam.
Saling mempercayai adalah senjata yang sukar dimusnahkan oleh senjata musuh kerana ia adalah akhlak istimewa yang terbina melalui disiplin, iltizam dan istiqamah yang lama dan tinggi.
PAS sentiasa dituduh sebagai khianat, makan duit ahli, seleweng, bermewahan dan macam-macam lagi.
Ironi, derma terus mencurah masuk melalui PAS.
Begitulah KEPERCAYAAN. THIQAH. TRUST.
PAS memilikinya dengan izin dan kelebihan daripada-Nya.
Terima kasih rakyat Malaysia.
Nik Mohd Abduh