Dialog 3 Penjuru Yang Tidak Profesional

Dialog 3 Penjuru Yang Tidak Profesional

Ini adalah pemerhatian ringkas saya ke atas program “Dialog 3 Penjuru: Di Sebalik Senyuman Hamza” yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani malam tadi:

Nama program adalah “Dialog 3 Penjuru”, tetapi dalam Pusingan Pertama hanya dua panelis sahaja yang diberi peluang bercakap, iaitu Tun Dr Mahathir dan Datuk Dr Afifi, sedangkan Datuk Seri Abdul Hadi langsung tidak diberi peluang bercakap.

Moderator langsung tidak memotong apa-apa percakapan dua panelis, iaitu Tun Dr Mahathir dan Datuk Dr Afifi, tetapi kali pertama Datuk Seri Abdul Hadi diberi peluang bercakap dalam Pusingan Kedua moderator tiba-tiba memotong percakapan beliau.

Moderator tidak menghadkan masa untuk dua panelis, iaitu Tun Dr Mahathir dan Datuk Dr Afifi, bercakap dalam mana-mana pusingan tetapi kali terakhir Datuk Seri Abdul Hadi diberi peluang bercakap moderator menghadkan masa seminit sahaja untuk beliau.

Moderator dua kali memberi peluang kepada seorang panelis, iaitu Tun Dr Mahathir, bercakap sebanyak dua kali dalam satu pusingan yang sama, iaitu dalam Pusingan Pertama dan dalam Pusingan Ketiga, tanpa memberi peluang sama kepada panelis lain.

Kamarul Yusoff

Isu Semasa