“Ini ialah jenayah kerajaan Perikatan Nasional.
“Anda membenarkan sumbangan politik, tetapi sumbangan vaksin tidak dibenarkan. Kepala otak dia.
“Bagaimana ini berlaku?
“Apabila mempunyai dua juta dos, petugas barisan hadapan, warga emas, begitu banyak nyawa boleh diselamatkan.
“Saya mahu mencadangkan Chow dan negeri untuk menerima dos disumbangkan itu, jika mereka (pihak berkuasa) mahu menghukum, biarkan mereka hukum.
“Ia adalah jenayah untuk menghalang vaksin daripada diberikan, kerana ramai orang, termasuk wartawan, belum diberikan suntikan merek …’ – Lim Guan Eng
(https://www.freemalaysiatoday.com/…/putrajaya-tolak-2…)
Video: https://www.facebook.com/mkinibm/videos/3077029815865173
Isu ini semua orang dah baca.
KJ pun dah belasah dan LGE pun bersedia untuk minta maaf
(https://www.utusan.com.my/…/selepas-hambur-kepala-otak…).
Tapi LGE tidak harus dilepaskan begitu sahaja.
Vaksin adalah isu sensitif. Benda berharga.
Macam air di padang pasir.
Ramai yang nak tapi tak dapat.
So, jangan jadikan isu vaksin ini bahan politik untuk mencabar kredibiliti PN sebagai kerajaan.
Saya bukan sokong atau suka TSMY tapi negara kita dilanda wabak masalah yang serius dan kita mesti berhati-hati bila membuat keterangan media.
Tak suka PN tak apa, kita tolong KKM.
Saya terbaca yang KJ nak buat laporan polis. Bagus, sila buat.
Saya cadangkan agar siasatan boleh dibuat untuk kesalahan di bawah seksyen 4 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021:
(1) Mana-mana orang yang, melalui apa-apa cara, dengan niat untuk menyebabkan, atau berkemungkinan menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam, atau kepada mana-mana golongan orang awam, mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedarkan, mengelilingkan atau menyebarkan apa-apa berita tidak benar atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(2) Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (1), memerintahkan orang yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen itu untuk membuat permohonan maaf kepada orang yang terjejas oleh pelakuan kesalahan itu mengikut cara yang ditentukan oleh Mahkamah.
(3) Mana-mana orang yang disabitkan yang tidak mematuhi suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Menurut seksyen 17 Ordinan yang sama, ‘[s]eseorang pegawai polis atau pegawai diberi kuasa boleh menangkap mana-mana orang yang dipercayainya dengan munasabah telah melakukan atau cuba melakukan suatu kesalahan di bawah Ordinan ini.’
LGE bukan sahaja membuat tuduhan melulu berdasarkan pada surat yang berkemungkinan tinggi adalah palsu, dia juga mencabar CM Penang untuk mendapatkan bekalan vaksin tanpa kebenaran kerajaan persekutuan.
Kena hukum pun kena pi lah, itu yang LGE teriak.
Inikah sifat pemimpin yang menjamin masa depan kita?
P.S. LGE dalam bahasa Punjabi ada satu gelaran yang sesuai untuk orang macam hang, iaitu “Penn Da Loda”. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila dapatkan nasihat pakar daripada mana-mana orang Singh terdekat.
DR. SHAMSHER SINGH THIND
