Ribuan rakyat kami telah berarak ke Aqsa untuk melindunginya.
Ini mengesahkan bahawa Al Aqsa adalah garis merah.
Anak watan berhimpun mengelilingi kemenangan kami.
Apa yang terjadi sangatlah agung.
Kemenangan agung yang terjadi saat ini
Gaza bangun bagi membuang penyakit di Aqsa dan mengeluarkan tangan kotor yang memegangnya di Sheikh Jarrah.
Kami telah memberikan kesakitan, kesakitan yang amat dalam kesannya ke atas Israel, tentera, rakyat dan masa depannya.
Salam hormat kepada ketua Hamas dan pemimpinnya, diketuai Yahya Sinwar dan Muhammad Deif. Gaza telah menang ke atas AlQuds, Masjid Al Aqsa, kejiranan Sheikh Jarrah dan tebing barat.
Ini adalah peperangan yang ada kesudahannya, Al Quds adalah matlamat utamanya.
Permulaannya di perkarangan Al Aqsa.
Segala darah yang tumpah di jalan ini adalah jalan menuju Al Quds.
Sudah kami katakan kepada musuh, jangan bermain dengan api dan angkat tangan kalian dari Masjid Al Aqsa.
Kami tahu apa yang kami katakan dan kami pasti musuh dapat menghadamnya.
Gaza telah mengambil pedang Al Quds dengan sangat berharga, dan mengajar musuh suatu pengajaran yang takkan terlupakan.
Pasukan pejuang mempunyai minda yang kreatif dan inovasi-inovasi ini telah disaksikan dunia di semua peringkat.
Peperangan Pedang AlQuds telah melalui banyak tahap dan membuka pintu kepada suatu tahap yang baru.
Semua orang atasan di dalam pasukan musuh dan pemerhati di setiap pelusuk dan luar daripadanya, akan membaca apa yang telah dicapai oleh pasukan pejuang.
Pasukan pejuang menamatkan perjanjian bersejarah abad ini dan segala imbal balik dan normalisasi dengan pihak penjajah.
Hubungan bersama pihak Arab dan semua negara Islam sekitarnya perlu diperketatkan, dan kita telah lihat bagaimana kekuatan sesuatu negara, pegangan demi pegangan, berdiri di belakang Al-Quds.
Gaza yang dibanggakan ini dibayar dengan darah dan rumah demi Al Quds dan masjid Al Aqsa, untuk menyatukan percaturan pejuang.
Terima kasih Qatar kerana memainkan peranan dari aspek politik dan pergerakan diplomatik dalam menghadapi pencerobohan ini.
Kami berterima kasih ke atas Iran atas bantuan senjata dan kewangan kepada pasukan pejuang kami di Gaza.
Kami berterima kasih kepada Arab dan negara-negara Islam yang lain.
Ismail Haniyeh
Ketua Biro Politik HAMAS
21 Mei 2021 (Jumaat)
Sumber: shehabnews