12 Juta Untuk Palestin

12 Juta Untuk Palestin

PASRelief hari ini isytiharkan telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 12 juta.

Ini duit yang dikumpulkan daripada pimpinan, ahli-ahli PAS serta orang awam yang percaya pada PAS.

ALLAHUAKBAR

100% sumbangan ini akan diserahkan kepada Aid4Filistin.

Dan, kali ini ada hamba Allah telah menyumbangkan sebanyak RM 50 ribu kepada PASRelief untuk kos pengurusan.

ALLAHUAKBAR

Sebelum ini PASRelief telah menggerakkan misi kemanusian ke pelbagai negara yang memperuntukkan sumbangan berjumlah RM 6 juta.

Jika dicampur dengan hari ini, ianya telah mencecah RM 18 juta.

ALLAHUAKBAR

Kewangan PASRelief ini sentiasa dibentangkan dalam Muktamar PAS Pusat sejak tahun 2017 lagi.

Jadi, ketelusan dana itu dapat diaudit dan dipersoalkan oleh semua perwakilan PAS.

ALLAHUAKBAR

Lebih menyentuh hati apabila YAB Sanusi bagitau ada ahli PAS yang buat lelongan motorsikal, ada yang jual kambing, jual kerbau hatta berikan barangan kemas untuk Palestin.

Palestin amat dekat dengan jiwa PAS.

Ayuh teruskan menyumbang.

Ahmad Fahmi Mokhtar.

Isu Semasa