Pemuda UMNO Dungun Serang Kita, Kenapa Kita Tidak Serang Balas?

Pemuda UMNO Dungun Serang Kita, Kenapa Kita Tidak Serang Balas?

Inilah soalan bertali arus yang masuk dalam pesanan whatsapp saya sejak semalam.

Pemuda UMNO Dungun bukan hanya menghunus serangan malah menyemarakan api FITNAH yang nyata.

Kesanya bukan sedikit. Ribuan orang yang tidak tahu menahu cuba menyebarkan semula api FITNAH itu.

Ada yang pasti memBABI tetapi tidak di Terengganu malah merebak ke seluruh negara.

Di pihak penyebar pula mereka menambah-nambah, penyebar ini sudah tentu dari UMNO dan PAN.

Masalah mereka tidak ada persefahaman politik, tetapi mereka saling menggunakan tangan membuat serangan.

Di pihak anak-anak muda PAS pula, gelodak ingin jawapan balas berkobar-kobar.

Tapi ada satu kehebatan pada mereka, mereka bertanya sepatah pimpinan di kalangan mereka.

Boleh tidak boleh?

Betul tidak betul?

Mereka sudah lama menyimpan geram mahu membalas serangan.

Tetapi mereka menunggu arahan.

Yang mereka jawab itu hanya menepis serangan bertali arus.

Bukan menghala serangan hunus.

Setiap hari, bukan kecik-kecik punya pimpinan UMNO yang menggunakan kerajaan PN, tapi pemuda kita tidak terikut tarian UMNO yang dibuat oleh bekas Presiden UMNO sendiri.

Pelik dan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah Dunia parti yang bersama-sama wakilnya berada dalam kerajaan pilihan depan-depan kerajaan yang dia sehagiannya.

Tidak peliklah sekiranya berlaku di Terengganu.

Kita ajak duduk bersama dalam JPKK agar boleh memupuk semangat kekitaan di masyarakat, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu tolak mentah-mentah.

Cabar pula akan berlawan cacang dalam PRU nanti.

Dulu kata MB Terengganu tak bincang dengan dia, MB Terengganu pergi ke rumah dia di Kijal, tapi apa dia buat?

Dia megah MB Terengganu mari ‘melutut’ cari dia.

Tak apalah kita tinggal hal dia tu.

Berbalik pula kita isu pokok sehari dua ini.

Kenapa kita tidak balas? Kenapa? Kenapa?

Marah segelintir anak muda yang cuba memberontak mempertahankan Kerajaan Negeri pimpinan PAS.

Pertama sekali kita masih ada ikatan ‘Muafakat Nasional’ yang sudah kita sepakati.

Kedua, Kita dalam suasana bersama-sama solidari sahabat Islam kita di Bumi Ghazah dengan semangat mengibarkan bendera Palestin tanda kebersamaan.

Ketiga, kita masih lagi memerlukan perpaduan Islam dan Melayu untuk sama-sama lawan DAP agar mereka tidak kembali memerintah negara.

Kita sudah merasai bersama selama 22 bulan mereka memerintah Malaysia.

Cukuplah dengan tiga sebab mengapa tidak kita balas reaksi tindakan segelintir pemimpin UMNO yang kita gunakan khasnya di Terengganu.

Kalau ada pemuda kita yang berbalas serangan, itu buka balas serangan.

Itu hanya ‘JERKAH’.

Dah kamu siang malam bertepik depan rumah ajak bergaduh, kamu provok dan melempar batu, jadi pemuda kami jerkah untuk menyatakan kami tidak mahu bergaduh.

Tapi ….. bila pimpinan kami istiharkan PAS dan UMNO tidak ada lagi ikatan seperti Muafakat Nasional, kami akan patuh menyahut semboyan perang terhadap kamu.

Kita bukan baru bermusuh. Berpuluh tahun, dari Tuan Guru-Tuan Guru kami muda sampai mereka sebahagianya sudah tiada.

Tapi semangat mereka masih ada di jiwa-jiwa kami.

Kamu boleh bertempik menjerit-menjerit mencabar kami.

Kami tidak akan mengambil tindakan sembrono terhadap kamu, tapi jangan ingat kami menikus.

Di sana ada BAB bertahan diri …. itu kami tidak menggunakan lagi sepenuhnya hal ini.

Sekian.

Catatan Isu minggu ini.
Naraza Haji Muda

Terengganu