Najib Troll Diri Sendiri Ke?

Najib Troll Diri Sendiri Ke?

Maaflah DS…

Mungkin agak kasar sikit tulisan saya kali ini..

Cuma saya kasihan apabila sudah memperlihatkan hilangnya kecerdikan DS kali ini…

Begini DS…

KP Kesihatan sebut tentang peningkatan itu disektor/kluster pekerjaan..

Maksudnya semua jenis pekerjaan bukannya terhad kepada sektor perkilangan sahaja…

Pembinaan, Pendidikan, Lapangan Terbang, Pelabuhan, Perkhidmatan/Service dan sebagainya…

Ini semua tergolong dalam kluster pekerjaan…

Sedangkan kenyataan MITI yang dirujuk tu hanya sebut kluster “PERKILANGAN” sahaja…

Bukan semua sektor pekerjaan…

Kedua, DS lihatlah dulu tarikhnya sebelum nak troll pun…

Kenyataan MITI merujuk rekod dan data setakat 16 Mei 2021..

Sedangkan KP Kesihatan merujuk kepada data sehingga 28 Mei…

Kan jauh beza tarikhnya tu?…

Tentulah berbeza datanya setiap hari…

DS faham x?

Bukankah nampak perbezaan antara kedua2nya DS…

Makin kesian pulak kita tengok DS Najib..

Makin melalut dan mengarut trollnya…

Oh ye Datuk…nak ingatkan Menteri Kesihatan tuh daripada Umno…

Wassap dululah Menteri tuh tanya2 dulu sebelum troll….

Ke dah padam nombor telefon Menteri Kesihatan tu?….

HJYANALI

p.s. Pasti peminat DS seronok baca troll DS. Mereka bukan peduli sangat fakta betul atau salah. Yang penting kutuk kerajaan.

Isu Semasa