Bersatu Hati, Bersama Putuskan Rangkaian COVID-19

Bersatu Hati, Bersama Putuskan Rangkaian COVID-19

Kerajaan Negeri mengambil maklum tentang pengumuman Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang pelaksanaan ‘total lockdown’ di seluruh negara bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 ini.

Berikutan dengan itu, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan bersasar kepada yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Kuala Berang dan Daerah Kuala Terengganu, dengan jumlah keseluruhan RM420,000.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan bantuan bersasar kepada Daerah Besut yang dikuatkuasakan PKPD.

Saya meminta rakyat untuk kekal bertenang dan sentiasa patuh kepada arahan dan SOP.

Usah kita menuding jari sehingga mencetuskan suasana yang tidak harmoni, sebaliknya marilah kita berganding bahu dan bersatu hati untuk memutuskan rangkaian COVID-19.

Teruskan bermunajat kepada Allah dan berdoa agar ujian ini segera berakhir dan kehidupan kita kembali normal seperti biasa.

“Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”

Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar

Menteri Besar Terengganu

Terengganu