Muhyiddin Sebagai PM

Muhyiddin Sebagai PM

Setiap kali masalah berlaku, Perdana Menteri mesti dipersalahkan dan dia mesti letak jawatan.

Kali ni, ramai yang minta Muhyiddin letak jawatan kerana tingkah laku Tajuddin sebagai pengerusi Prasarana.

Tindakan untuk memecat Tajuddin tak cukup bagi pengkritik kerana:

“Muhyiddin harus dipersalahkan hal ini.

“Untuk terus berkuasa, dia terpaksa menyerahkan kedudukan kepada penyokongnya, yang memberi mereka lebih banyak wang dan faedah, seperti kereta, pemandu, dan elaun.

“Itu alasan yang cukup baik untuk meminta pengunduran dirinya.” (1)

Tak bosan ke asyik minta orang letak jawatan?

Siapa nak bertanggungjawab sekiranya Muhyiddin betul-betul bodoh macam tu mengikut langkah Mahathir dan menyebabkan situasi lebih kelam kabut?

Saya dah cakap kan, kamu nak Muhyiddin turun sebagai PM, carilah diantara MP semua tu yang boleh dapat sokongan majoriti lebih.

Semuanya cakap saja.

Umno kononnya tak sokong Muhyiddin tapi tiada MP yang letak jawatan.

Tajuddin sendiri pun cakap banyak dan tidak letak jawatan juga – terpaksa dipecat.

Ada pula yang berpendapat tindakan terhadap Tajuddin akan menyebabkan Muhyiddin kurang 1 undi. So what?

Tajuddin nak sokong siapa lagi sebagai PM? Anwar? Najib?

Mereka boleh dapat undi secukupnya tak?

“Tidak ada yang mengharapkan PM akan mengundurkan diri – kita dapat mengharapkan pertanggungjawaban seperti itu hanya dari orang yang jujur ​​dan bermoral tinggi yang menghargai integriti.”

Saya sendiri tersinggung dengan ayat bodoh inidari artikel itu.

Ahli politik yang baik terakhir yang memenuhi standard ini adalah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan diapun terhalang.

Kemudian Pakatan memperjuangkan siapa yang harus menjadi MB dan memarahi Sultan Selangor.

Takde siapa yang marah pasal penghinaan dan derhaka yang ditunjukkan masa tu.

Haih.

Kamu semua ingat Muhyiddin ni PM lemah sebab banyak masalah kat Malaysia sekarang?

PKP buat, salah. Tak buat pun salah.

Orang ramai juga berbelah bahagi dalam pendapat apa sebenarnya kita semua perlu buat untuk kebaikan dan kesejahteraan negara kita.

Bisnes semua tenat.

Saya pun pening nak cari duit juga.

Tapi bagi mereka yang merungut pasal Muhyiddin ni, Muhyiddin tu, kamu semua juga tak boleh pakai sebab tak dapat bersatu menjatuhkan Muhyiddin.

Saya tak sokong Muhyiddin pun tak nak keadaan lebih kelam kabut nak tengok siapa yang akan jadi PM baru, semua naik bas jumpa YDPA untuk bisik siapa mereka sokong.

Cukuplah. Muhyiddin is not the best PM, but the other options aren’t any better.

Peace.

Mak Khuin Weng – マク

P.S. – Saya masih tidak menyukai Azmin Ali, tetapi dia selari dengan pemenang di sini. Suka, tak suka, itulah hakikatnya.

  1. It’s Muhyiddin who should resign over Tajuddin’s Prasarana gaffe – P. Gunasegaram – https://www.thevibes.com/…/its-muhyiddin-who-should…
Isu Semasa