SOP TOTAL LOCKDOWN SELURUH NEGARA MULAI 1 JUN 2021
Prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) telah diumumkan dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri (PMO), petang ini, 30 Mei 2021 seperti yang dilaporkan oleh Bernama TV.
Sidang media itu dihadiri Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada jam 5 petang.
Sidang media berkenaan mengumumkan SOP Sekatan Pergerakan Penuh yang akan dikuatkuasakan selama 14 hari bermula 1 Jun ini susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang mencecah 9,020 pada Sabtu.
SOP PKP Total Lockdown Bermula 1 Jun 2021
SEKTOR PERKHIDMATAN PERLU (ESSENTIAL SERVICE)
Semua aktiviti Sektor Perkhidmatan Perlu yang dibenarkan beroperasi antaranya termasuklah:
- Makanan / minuman (termasuk haiwan)
- Perniagaan / klinik haiwan (veterinar)
- Air
- Tenaga
- Keselamatan
- Pengurusan Sisa Pepejal / Pembetungan
- Pengangkutan Air / Darat Udara
- Pelabuhan, Pemunggahan, Pengangkutan, Kargo & Penyimpanan Pemukalan Komoditi
- Komunikasi, Media, Internet, Kurier
- Perbankan, Insuran, Takaful
- Kredit Komuniti
- edagang & Teknologi Maklumat
- Pengagihan Bahan Api & Pelincir
- Hotel (Bagi tujuan bukan pelancongan)
- Penyelenggaran
- Perhutanan terhad kepada penguatkuasaan & hidupan liar
- Logistik
SEKTOR PERKILANGAN adalah tidak dibenarkan KECUALI bagi sektor di bawah ini dibolehkan dengan kapasiti 60% sahaja
- Aeorangkasa
- Makanan & minuman
- Bungkusan & Percetakan *makanan & kesihatan
- Bahan pencuci & penjagaan diri
- Perubatan dan kesihatan
Tindakan terhadap majikan boleh diambil jika tidak melaksanakan 60% Bekerja Dari Rumah (BDR)
SEKTOR PERTANIAN, PERLADANGAN & PERIKANAN
SEKTOR Pertanian, perikanan dan penternakan dibenarkan dan rantaiannya juga dibenarkan contohnya industri baja, racun dan sebagainya.
Perladangan dan komoditi juga dibenarkan termasuk rantaiannya juga dibenarkan beroperasi contohnya kilang memproses kelapa sawit dan pengangkutan kelapa sawit.
Kerja infrastruktur awam dan pembinaan awam yang menyediakan tempat tinggal yang lengkap dibenarkan beroperasi, dengan kapasiti optimum.
SOP Operasi Perniagaan
- Kompleks membeli belah / shopping mall TIDAK DIBENARKAN KECUALI premis perniagaan yang dibenarkan seperti kedai runcit, makanan, dan sektor perlu yang disebutkan.
- PASAR RAYA DIBENARKAN namun terhad kepada sektor keperluan asas sahaja seperti makanan, makanan haiwan dan yang disebutkan di atas.
- RESTORAN, GERAI DAN OUTLET MAKANAN DIBENARKAN hanya untuk bawa pulang atau penghantaran (delivery)
- DOBI dibenarkan termasuk dobi layan diri
- KEDAI HAIWAN / makanan haiwan dibenarkan.
- KEDAI CERMIN MATA DIBENARKAN.
- KEDAI HARDWARE DIBENARKAN.
- BENGKEL KENDERAAN DIBENARKAN.
- E-DAGANG DIBENARKAN.
- Pemborongan & pengedaran di bawah perkhidmatan perlu dibenarkan.
Semua operasi perniagaan diselaraskan dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
Lain-lain Aktiviti Yang Dibenarkan & Tidak Dibenarkan
- Pasar malam / pasar tani biasa tidak dibenarkan.
- Tadika / taska tidak dibenarkan KECUALI bagi frontliners dan ibu dan bapa mereka dibenarkan.
- Sukan rekreasi hanya jogging & senaman (sukan individu) dan tidak boleh melebihi jam 8.00 malam.
Surat Kebenaran MITI Hanya Boleh Digunakan Hingga 31 Mei Sahaja
Semua surat MITI hanya berkuatkuasa hingga 31 Mei sahaja. Tidak boleh digunakan mulai 1 Jun.
Surat kebenaran rentas negeri / daerah bagi tujuan bekerja hanya dikeluarkan oleh Kementerian berkaitan bagi tempoh selepas 1 Jun 2021.
Sidang media berkaitan surat kebenaran bekerja ini akan dimaklumkan melalui sidang media esok.
Hanya 2 Orang Dibenarkan Keluar Dalam 10km Radius
- Keluar rumah hanya dibenarkan untuk membeli makanan & ubat-ubatan dengan kapasiti 2 orang.
- Pergerakan hanya dibenarkan dalam 10 km radius sahaja.
- PJJ tidak dibenarkan.
MAKLUMAT LANJUT & SOP PENUH AKAN DIMUATNAIK DI LAMAN WEB MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkp-pemulihan/ DAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN YANG BERKAITAN DALAM MASA TERDEKAT INI.
3 Fasa Lockdown
Terdahulu diumumkan bahawa Total Lockdown ini akan dijalankan dalam 3 fasa.
Sekiranya Fasa Pertama ‘lockdown’ berjaya mengurangkan kes harian COVID-19, Fasa Kedua akan dilaksana, di mana pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal akan dibenarkan.
Lockdown Fasa Kedua pula akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir.
Setelah berakhirnya lockdown Fasa Kedua, langkah seterusnya ialah Fasa Ketiga, iaitu melaksana PKP seperti yang berkuat kuasa di Malaysia ketika ini.
Dalam kenyataan tersebut juga dimaklumkan bahawa keputusan untuk Malaysia beralih dari ‘total lockdown’ dan dari satu fasa ke fasa berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan.
LIVE Sidang Media PKP Total Lockdown 1 Jun 2021
SOP PKP Total Lockdown yang ini diumumkan melalui sidang media Menteri Kanan Keselamatan dan Ketua Pengarah Kesihatan pada pukul 5 petang hari ini (30 Mei) di Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE Facebook & Youtube Bernama TV.
BERNAMA TV
- Saksikan FB LIVE streaming Bernama TV : https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/539833164062463
- TV1 LIVE Streaming: https://www.facebook.com/watch/live/?v=812504479395985&ref=notif¬if_id=1622365288812290¬if_t=live_video
- LIVE Streaming TV3 di sini: https://www.xtra.com.my/live-tv/
Pkp 3.0 fasa ke 2 .. Tlg bg kelonggaran untuk pjj rentas negeri .. Dah hampir setahun berpisah dgn suami .. Lepas dr kahwin tahun lepas sampai sekarang masih pjj dsbbkn pkp nih .. Sblm start lockdown awal bulan Jun 2021.. Suami dh apply cuti untuk balik ke semenanjung ,, sebab nak ambil isteri tinggal bersama .. Tba² pm umum berita yg menyedihkan .. Rentas negeri bg pjj di tangguh 2minggu tup-tup sambung lagi jd 4minggu(1bulan).. Ya Allah dugaan betul .. Harap sangat lepas 28jun nih dh ada kelonggaran untuk PJJ rentas negeri ..
#kedah_sabah
#mohon_kelonggaran_rentas_negeri_bagi_PJJ