Pakej Bantuan Cakna Rakyat COVID-19

Pakej Bantuan Cakna Rakyat COVID-19

Kerajaan Negeri Kelantan menyamut baik pengumuman Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin mengenai inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) sebanyak RM40 bilion.

Pengumuman tersebut menunjukkan keprihatian Kerajaan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (Total Lockdown) diseluruh negara pada ketika ini.

Kerajaan Negeri bersetuju menerusi Pakej Bantuan Cakna Rakyat COVID-19 sebagai insentif bantuan kepada rakyat dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 sebagaimana berikut:

i. RM2.7 juta sebagai bantuan kepada golongan terkesan COVID-19 di seluruh negeri Kelantan.

peruntukan RM60,000 bagi setiap DUN tersebut akan diselaraskan melalui 45 Pusat Khidmat DUN.

ii. Bayaran cukai tanah semasa yang berakhir pada 30 Jun 2021 dilanjutkan kepada 31 Ogos 2021.

Denda lewat cukai tanah hanya akan dikenakan bermula 01 September 2021.

Sebagai tanda sokongan kepada usaha menangani COVID-19, sebanyak RM15,000 daripada YAB Menteri Besar dan RM10,000 daripada setiap YB EXCO Kerajaan Negeri akan disumbangkan kepada Tabung Amanah Kebajikan Darul Naim (Tabung Serambi Mekah).

Manakala sumbangan semua ADUN Kelantan sebanyak RM3,000.

Saya sekali lagi menyeru seluruh rakyat Kelantan untuk segera mendaftar dan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Marilah kita terus berdoa agar petugas barisan hadapan (Frontliners) diberi kekuatan dan ketabahan oleh Allah SWT atas usaha dan pengorbanan dalam menjalankan tugas yang sangat mulia ini.

Semoga Allah SWT mengangkat wabak ini daripada kita semua.

Dato’ Bentara Kanan

Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob

Menteri Besar Kelantan

Kelantan