(Khas untuk JPKK atau pemimpin masyarakat atau NGO)
KESEPULUH – Warga emas, yang sememangya dalam senarai pihak berkuasa seperti JKM atau MAIDAM atau Jawatankuasa kebajikan negeri. Sering mendapat bantuan dan perhatian. Nak kata susah, tak lah susah sangat tapi diperhatikan, biasanya jika ada bantuan golongan ini tersenarai.
KESEMBILAN – Hidup seorang diri, membujang atau menjanda. Tiada perkerjaan tetap. Hidup hanya ehsan keluarga atau jiran tetangga. Senang dikenali golongan ini. Oleh kerana pandangan orang ramai kata dia hanya hidup seorang diri tiada tanggungan, apalah susah sangat. Jadi ada orang kita kata biarkan dulu. Walaupun hakikat mereka dalam kesusahan.
KELAPAN – Ibu bapa yang menumpang hidup dengan anak-anak. Tidak ramai orang tahu akan kesusahanya. Terabaikah mereka atau terbela kah mereka, hanya mereka yang dekat sahaja mengetahui. Kena selidiki dengan berhemah.
KETUJUH – Mereka ini tidak tunjuk dia susah, sebaliknya dia berusaha selagi ada daya. Mengalir air mata sendiri menanggungnya. Tidak mudah meminta dan mengadu. Biasanya tidak diendah orang akan kesusahnya.
KEENAM – Mereka memang orang susah, tapi berada di barisan hadapan dalam masyarakat kampung. Menjadi JPKK atau petugas badan amal atau organisasi parti. Kesusahanya tidak diendahkan orang sekeliling. Kerana dia sendiri menguruskan kesusahan orang lain.
KELIMA – Hidup menumpang ayah atau keluarga lain. Biasanya generasi kedua dan ketiga FELDA atau di kampung-kampung. Orang menggagap dia hidup ditanggung keluarganya. Bantuan jarang sampai. Jika sampaipun kepada ketua keluarga itu. Kadang kala dia tiada hak ke atas bantuan itu. Jika dia mengadu, mereka kata dah beri ke rumah ini.
KEEMPAT – Hidupnya sederhana sebelum ini. Ada perniagaan sendiri seperti berniaga dan kontarktor kelas F. Sudah dua tahun tidak dapat kerja. Ada rumah sederhana, ada kenderaan setaraf kontraktor, tapi kesan pandemik covid yang panjang menjejaskan kehidupan seharian. Golongan tidak mengaku susah walaupun hakikatnya dalam kesusahan. Senarai nama penerima bantuan memang golongan ini tidak tersenarai.
KETIGA – Golongan ini tidak susah, TETAPI menyusahkan, kerja dia laju dari orang, tukang viral dan membawang kesusahan orang lain. Dia sendiri pun dengar cerita dari orang lain, yang orang lain itu dengar dari orang lain. Medium dia ialah FaceBook Group dan Whatsapp.
KEDUA – Mereka yang berkerjaya. Ramai adik beradik yang menumpang hidup dengannya. Untuk keluarganya hidup sebelum ini tiada masalah. Tapi situasi sekarang adik beradik sendiri, adik beradik sebelah isteri atau suami mengharap belas dan bergantung kepada dia. Golongan ini sangat sukar dikesan tekanan hidup yang dilaluinya jika kita tidak bersemuka dengannya atau mempunyai perhubungan baik sudah pasti mereka tidak dibantu.
PERTAMA – Golongan ini memang susah yang dibuat-buat. Sepanjang masa mengaku susah. Menyembunyikan bantuan dari pihak lain. Mengadu pula dari pihak lain yang dia tidak dapat bantuan. Sudah dapat yang ini pergi yang sana pula. Buat² cerita dipinggirkan, tidak ada nama dan macam-macam lagi. Golongan ini ada di mana-mana sahaja.
Inilah sedikit coretan 10 golongan dalam kesusahan yang memerlukan JPKK atau wakil rakyat menguruskan kesusahan mereka.
Semoga membantu kita semua hadapi tekanan-tekanan orang sekeliling kita.
Perlu kesabaran tinggi untuk hadapinya.
Bahasa kena lemah lembut, tindakan kena pada gayanya, di sinilah kebijaksanaan kita mengurus situasi yang rumit di peringkat kita dengan cara kita.
Selebihnya kita berserah kepada Allah membantu mengubati jiwa mereka dan kita semua.
“Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam….
Naraza Muda