Nama Sungai Pelek tak semena-mena menjadi popular lantaran tindakan pelik si ADUN yang mewakilinya [1].
Pada tahun 2005, ADUN ini pernah menimbulkan kemarahan orang ramai termasuk Kanang Anak Langkau [2] kerana menulis satu artikel yang dilihat menonjolkan peranan Chin Peng[3][4].
Katanya, “Perlu dijelaskan bahawa tanpa perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang kemerdekaan ini dan tekanan yang ditimbulkan oleh Parti Komunis Malaya yang dipimpin oleh Chin Peng, British tentunya tidak bersedia bekerjasama dan berunding dengan pemimpin Perikatan untuk “Kemerdekaan tanpa pertumpahan darah”.” [2]
Pelik ADUN Sungai Pelek ini.
Pada tahun 2007, media melaporkan polis menahan ADUN ini ekoran tindakannya mengganggu tugas penyitaan oleh pihak berkuasa ke atas sebuah hotel yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di Bandar Puchong Jaya. [5]
Polis terpaksa menahan ADUN ini kerana keengganannya memberi kerjasama walaupun sudah lima kali diberi amaran dalam tempoh sejam.
“Saya tidak tahu kenapa dia bertindak agresif dan membantah serta mempersoalkan tindakan pihak berkuasa sedangkan hotel itu memang tidak berlesen termasuk melanggar undang-undang lain”, kata seorang pegawai polis.
Pelik ADUN Sungai Pelek ini.
Pada tahun 2010, media melaporkan bahawa seorang ahli majlis perbandaran didakwa menggunakan kepala surat dan cap rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor yang disandang oleh ADUN ini untuk mengeluarkan surat sokongan kepada kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak Majlis Perbandaran Klang (MPK). [6]
Susulan itu Jawatankuasa Disiplin DAP telah memanggilnya untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan itu. [7]
Ahli majlis tersebut dikatakan telah membuat ciapan “OMG! Real culprit freed”. [7]
Pelik ADUN Sungai Pelek ini.
Pada tahun yang sama juga, penduduk Pandamaran berhimpun di pejabat ADUN Pandamaran yang ketika itu disandang oleh ADUN ini untuk mendesak beliau meletak jawatan. [8]
Seorang penduduk yang menyertai protes tersebut memberitahu media bahawa ADUN ini tidak pernah melawat kawasan untuk menyelesaikan masalah mereka, dan sebaliknya hanya sibuk menguatkan kedudukan politiknya.
Bahkan prestasi ADUN MCA sebelum ini lebih baik.
Kami menyesal mengundi ADUN DAP, kata penduduk itu. [8]
Pelik ADUN Sungai Pelek ini.
Pada tahun 2013, Pegawai Khas kepada ADUN ini telah meletak jawatan kerana mendakwa tidak berpuas hati dengan kepimpinan tertinggi parti serta rancangan menjatuhkan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) oleh DAP. [9]
Pegawai itu mendakwa ADUN ini dan DAP Selangor tidak menghormati PAS dan PKR di negeri itu, serta mendakwa terdapat pihak-pihak tertentu di dalam parti itu yang berniat untuk menjatuhkan kedua-dua parti berkenaan. [9]
Berikutan itu, dakwanya lagi, DAP negeri itu mahu menjadi parti yang dominan dalam gabungan Pakatan Rakyat di Selangor. [9]
Dia juga berkata, dia tahu setiap rancangan ADUN ini dan DAP untuk melemahkan PAS dan Parti PKR di Selangor. [9]
Pelik ADUN Sungai Pelek ini.
Pada tahun 2015, ADUN ini telah membocorkan perancangannya sendiri dengan membuat hantaran berbunyi:
“Ini bukan end of the world. saya percaya brothers and sisters in PAS yang pro Pakatan akan berbincang sambil mencari jalan.
“Mereka tidak akan berundur dari politik.
“Mudah-mudahan Mat Sabu dan rakan-rakan akan keluar en block dan jadikan PASMA parti politik seperti yang dirancang.
“PKR + DAP + PASMA … satu pakatan rakyat yang baru, dengan nafas yang baru”[10]
Pelik ADUN Sungai Pelek ini.
Pada tahun 2019, ADUN ini telah dilaporkan menghadiri perhimpunan bekas kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang dan mengakui penglibatan keluarga beliau seperti datuk dan abangnya dalam PKM sebelum ini. [11]
“Saya dijemput atas sebab untuk meraikan perdamaian. Siapa nak salahkan kalau mereka meraikan ‘perdamaian'”, katanya [12].
Beliau kemudiannya dipanggil Polis untuk dirakam percakapan susulan kehadirannya pada majlis itu [13].
Pelik ADUN Sungai Pelek ini.
Pada tahun 2020, media melaporkan polis sedang menjalankan siasatan ke atas kenyataan ADUN ini yang dikatakan berunsur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong. [14]
Ia berhubung hantaran di akaun Faceboknya yang mengandungi gambar protes besar-besaran yang dipercayai berlaku di Thailand.
“Now in Bangkok. They are saying no to the King (Sekarang di Bangkok. Mereka katakan tidak kepada raja)” [14].
Pelik ADUN Sungai Pelek ini.
Terkini media melaporkan polis buka dua kertas siasatan terhadap ADUN ini.
Pertama, kerana menghalang tugas penjawat awam semasa prosiding reman terhadap 18 pekebun durian Musang King yang didakwa menceroboh kawasan hutan simpan berlangsung.
Siasatan juga dilakukan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa merentas negeri dari Sungai Pelek (Selangor) ke Raub (Pahang). [15]
Media melaporkan ADUN ini hadir bersama dengan Ahli Parlimen (MP) Bentong dan Ahli Parlimen (MP) Raub ke Mahkamah Raub bagi menyatakan sokongan mereka terhadap 18 pekebun durian yang direman itu.
Sangat munasabah bagi MP Bentong dan Raub hadir kerana kes berlaku dalam kawasan yang berkaitan dengan mereka.
Tapi sangat tidak munasabah bagi ADUN ini untuk hadir sama kerana Raub itu letaknya kira-kira 120 KM dari Sungai Pelek.
Pelik ADUN Sungai Pelek ini.
“Bahaya pilih orang pelik menjadi pemimpin”
DrPalaTao
Rujukan:
[1] Nama Sungai Pelek sudah wujud sebelum Merdeka dan pernah menjadi tempat pelarian ketua pengganas Komunis Selangor Liew Kon Kim yang dikenali sebagai “Janggut”.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_komunis_di_Selangor
[2] Kanang sifatkan tulisan Ronnie Liu berbahaya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
[3] The real fighters for MERDEKA
https://dapmalaysia.org/all-archive/English/2005/Sept05/Bul/bul2803.htm
[4] The true fighters for Merdeka
https://www.thestar.com.my/news/nation/2005/09/07/the-true-fighters-for-merdeka
[5] AJK DAP ditahan ganggu tugas kerja penyitaan hotel
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1103&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm&arc=hive
[5a] alternatif:
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/07/kegiatan-haram-bukti-ronnie-liu-pernah.html
[5b] alternatif:
https://samreally.rocks/archive/index.php/t-76781.html
[6] “Keputusan Untuk Pecat Saya Dibuat Terlalu Awal,” Kata Tee Boon Hock
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/08/02/keputusan-untuk-pecat-saya-dibuat-terlalu-awal-kata-tee-boon-hock
Lihat juga:
[6a] “Bosom pals under scrutiny”, The Star. 29 Julai 2010.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/29/focus/6753417&sec=focus
[7] Ronnie, Teng dipanggil jawatankuasa disiplin DAP
https://www.malaysiakini.com/news/138886
[8] Protes desak Ronnie Liu letak jawatan
https://www.malaysiakini.com/news/143031
[9] Pegawai Khas Ronnie Liu Letak Jawatan
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/02/08/pegawai-khas-ronnie-liu-letak-jawatan
[10] Pakatan = PKR + DAP + PASMA , Kata Ronnie Liu
http://incikposmen.blogspot.com/2015/06/pakatan-pkr-dap-pasma-kata-ronnie-liu.html
[11] Ronnie Liu Akui Datuk Dan Abangnya Pejuang Komunis
https://www.malaysia-today.net/2019/12/01/ronnie-liu-akui-datuk-dan-abangnya-pejuang-komunis/
[12] Ronnie Liu pertahan tindakan sertai perjumpaan
https://www.sinarharian.com.my/article/60146/BERITA/Nasional/Ronnie-Liu-pertahan-tindakan-sertai-perjumpaan
[13] Ronnie Liu beri keterangan
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/12/525016/ronnie-liu-beri-keterangan
[14] Polis siasat hantaran FB Ronnie Liu bawah Akta Hasutan
https://www.malaysiakini.com/news/548261
[15] Polis buka dua kertas siasatan terhadap Ronnie Liu
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-buka-dua-kertas-siasatan-terhadap-ronnie-liu-306812
