Mega Drama Zahid: Berapa Banyak Lagi Siri Lakonan ‘NO ANWAR NO DAP’?

Mega Drama Zahid: Berapa Banyak Lagi Siri Lakonan ‘NO ANWAR NO DAP’?

Politik Zahid ni macam MegaDrama.

Sedar tak sedar, dah tiga episod.

Awas, tulisan di bawah adalah satira yang mungkin tiada kena-mengena dengan sesiapa.

Kalau perasan, nak buat macam mana.

[EPISOD PERTAMA “NO ANWAR NO DAP”]

Kisahnya bermula pada 11 Oktober 2020.

Timbul desas-desus Zahid mengutus surat kepada YDPA menyatakan sokongan tak berbelah bahagi kepada Anwar sebagai PM baharu [1].

Pegawai media Zahid menafikan surat ini. [1]

Zahid susuli dengan kenyataan media “…, tolak kerjasama PKR, DAP”. [2]

Kemas plotnya.

Tapi kantoi pula apabila seorang pemimpin UMNO mendedahkan bahawa surat itu tulen. [3]

Tamat episod pertama. Kantoi dalam tempoh 4 bulan.

[EPISOD KEDUA “NO ANWAR NO DAP”]

Kisahnya bermula pada 28 Mac 2021.

Zahid menempik “…, No Anwar, No DAP” dalam Perhimpunan UMNO Mac 2021. [4]

Peserta perhimpunan bersorak gamat menyokong kenyataan ini.

Semangat.

Tapi selang beberapa hari sahaja, kantoi pula dengan gelagat sendiri dalam kes “Rakaman audio didakwa mirip suara Anwar-Ahmad Zahid tersebar”. [5]

Zahid dan Anwar sama-sama nafikan itu perbualan mereka. [6][7][8]

Smart plot ni.

Ada sikit-sikit macam cerita Hindustan.

Mungkin sebab Anwar ada sekali kot.

Kalau level cikgu ni, lakonan dia lain macam sikit.

Selang beberapa bulan, akhirnya Zahid kantoikan dirinya sendiri dengan “mengaku itu suaranya dalam perbualan bersama Anwar…” [9][10]

Plot mengaku ni pendek sangat. Tak puas tonton.

Tamat episod kedua. Kantoi dalam tempoh 4 bulan.

[EPISOD KETIGA “NO ANWAR NO DAP”]

Kisahnya patut keluar pada 7 Julai, entah macam mana terlewat siaran ke awal pagi 8 Julai.

Kacau mood orang nak tonton bola Euro Cup.

Zahid sebut lagi tidak sesekali sokong Anwar PM atau kerajaan DAP-PH. [11]

Lain sikit ayat dia tapi matan dia “NO ANWAR NO DAP” la tu.

Ini episod ketiga masih mula tayangan jadi tak tau kali ni stail apa; Bollywood, Hollywood , Wayang Kulit, Kung Fu Cina?

Adakah Zahid akan kantoi lagi?

Apakah dalam tempoh 4 bulan juga?

Berdebar nak tunggu kesudahan episod ini.

hidup bagaikan pentas opera

DrPalaTao

Rujukan:

[1] Surat tular Zahid Hamidi sokong Anwar disahkan palsu
https://www.sinarharian.com.my/article/105730/BERITA/Politik/Surat-tular-Zahid-Hamidi-sokong-Anwar-disahkan-palsu

[2]
https://www.sinarharian.com.my/article/107137/BERITA/Politik/UMNO-kekal-sokong-kerajaan-PN-tolak-kerjasama-PKR-DAP

[3] Annuar Musa dedah surat sokongan pemimpin UMNO kepada Anwar Ibrahim
https://www.astroawani.com/berita-politik/annuar-musa-dedah-surat-sokongan-pemimpin-umno-kepada-anwar-ibrahim-276334

[4] ‘No BERSATU, No Anwar, No DAP’ – Zahid
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/801025/no-bersatu-no-anwar-no-dap-zahid

[5] Rakaman audio didakwa mirip suara Anwar-Ahmad Zahid tersebar
https://www.sinarharian.com.my/article/132320/BERITA/Politik/Rakaman-audio-didakwa-mirip-suara-Anwar-Ahmad-Zahid-tersebar

[6] Zahid nafi perbualannya bersama Anwar
https://www.sinarharian.com.my/article/132349/BERITA/Politik/Zahid-nafi-perbualannya-bersama-Anwar

[7] Anwar nafi audio perbualan bersama Zahid
https://www.sinarharian.com.my/article/132496/BERITA/Politik/Anwar-nafi-audio-perbualan-bersama-Zahid

[8] Akar umbi UMNO kian resah, percaya audio Zahid-Anwar
https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/akar-umbi-umno-kian-resah-percaya-audio-zahid-anwar/

[9] Zahid akhirnya mengaku rakaman audio suaranya, surat sokong Anwar
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/zahid-akhirnya-mengaku-rakaman-audio-suaranya-sd-sokong-anwar/

[10] Mengaku audio tular, jawatan Zahid perlu digantung
https://www.sinarharian.com.my/article/148612/BERITA/Politik/Mengaku-audio-tular-jawatan-Zahid-perlu-digantung

[11] UMNO tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta – Zahid Hamidi
https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-tarik-balik-sokongan-terhadap-muhyiddin-sertamerta-zahid-hamidi-307220

Isu Semasa