Merdeka Kah Kita

Merdeka Kah Kita

Biar lah orang kata kita miskin kerana kekayaan itu hanya milik Allah

Biar lah orang menghina kita, kerana kemuliaan Allah itu adalah segala-galanya

Biar lah orang mengatakan kita bodoh kerana kebijaksanaan itu kepunyaan Allah

Biar lah kita orang Islam sedikit, kerana ramai yang kufur itu tidak memberi bekas kepada Allah

Biar lah kita ditindas kerana lemah, kerana kekuatan itu datang dari Allah

Biar lah kita sedih untuk agama, kerana kegembiraan itu apabila bertemu Allah

Biar lah kita berpecah kerana kebenaran, kerana penyatuan hati itu ada dengan Allah

Biar lah kita tidak mempunyai kuasa kerana pertahankan hak Allah, kerana kuasa itu kurniaan Allah kepada sesiapa yang Dia ingin berikan

Namun kita….

Masih mengharapkan kaya, kerana percaya kaya itu bahagia

Masih mencari mulia dari manusia kerana menganggap manusia itu pemberi kemuliaan

Mahu menjadi cerdik kerana bodoh itu dianggap menyekat rezeki

Mahukan ramai kerana percaya ramai itu tidak akan dapat dikalahkan

Mahu menjadi kuat, tanpa sedar sebenarnya lemah dengan meninggalkan Allah

Mahu sentiasa bergembira, tetapi dengan jalan dosa

Mahukan semua bersatu tetapi duduk di bawah golongan yang menyekutukan Allah

Berkehendak kepada kuasa, tetapi menyelewengkan kuasa itu mengikut nafsu….

Biar lah….

Biar lah kita dianggap terkongkong di dunia ini tetapi patuh dan taat seikhlasnya kepada Allah kerana MERDEKA itu ialah membebaskan diri dari menyembah makhluk kepada penyembahan menyeluruh hanya untuk Allah yang Esa

Merdeka kah kita?

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis