“Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng juga mendedahkan bahawa timbalan pengerusi parti Gobind Singh Deo telah bertemu Azalina, dengan harapan dapat meyakinkannya untuk menerima pencalonan untuk menggantikan Azhar Harun sebagai speaker, menuduh yang terakhir menyebabkan Parlimen menjadi alat kerajaan.” (1)
Apakah matlamat DAP nak Azalina Othman Said dijadikan Speaker?
Apakah hubungan Azalina dengan DAP?
Susah kan, politik negara kita ni?
Tapi itulah cara kita berpolitik.
Keikhlasan tak ternampak dan kesemua langkah, pertolongan dan kenyataan disoal dengan pertanyaan “apa muslihatnya di sini?”
Sebenarnya semalam saya pun dah tanya mengapa Tony Pua nak sokong Ismail Sabri sedangkan sokongan mereka tak diperlukan sekiranya sokongan Umno untuk PN teguh dan kukuh. (2)
Dan Tony Pua juga cuba menerangkan bahawa sokongan itu bersyarat, jadi sekiranya ia bersyarat, sudah pasti ada padahnya sekira syarat itu tidak dipenuhi.
Jadi apa syaratnya untuk sokongan diberikan kepada Azalina?
Memang pun alasannya adalah untuk menggantikan Speaker sedia ada, tapi kenapa pilihan DAP adalah Azalina?
Dan kenapa DAP peduli sangat sama ada Azalina ada jawatan dalam kerajaan PN atau tidak?
Nota: sebelum ni, Hannah Yeoh minta Azalina dijadikan Menteri dalam Kabinet Ismail Sabri. (3)
Walaupun ada sokongan untuk Azalina, tapi sokongan itu dari pihak yang mempunyai matlamat nak jatuhkan kerajaan pihak dia.
Kata nak redakan suhu politik dan berkerjasama untuk menangani isu Covid, tapi kesemua kenyataan berpusing-pusing mengenai jawatan pihak lawan.
Mak Khuin Weng – マク
1.DAP steps up pro-Azalina campaign
https://www.malaysianow.com/…/dap-steps-up-pro-azalina…/
2.Implied Threats And Hidden Deals
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=381346250228204&id=100050584955297
3.Hannah Yeoh moots Umno’s Azalina to helm home, law and women’s ministries (VIDEO)
https://www.malaymail.com/…/hannah-yeoh-moots…/2000281