Kes Guan Eng Tangguh Sebab Dikuarantin, Tapi Hadir Program Semalam

Kes Guan Eng Tangguh Sebab Dikuarantin, Tapi Hadir Program Semalam

Pertikaian timbul susulan penangguhan perbicaraan kes mahkamah hari ini melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan diarah menjalani kuarantin kendiri Covid-19 bermula 1 hingga 10 September ini.

Perbicaraan Setiausaha Agung DAP yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang sepatutnya berlangsung hari ini tetapi ditangguhkan kepada 22 September ini.

Bagaimanapun, semakan dalam akaun Facebook Guan Eng sebaliknya mendapati semalam beliau ada hadir dalam program bantuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Jermal dan Parlimen Bagan.

Kami juga menyemak Facebook Guan Eng dan sempat mengambil tangkap layar hantaran yang dikongsi pemimpin DAP tersebut dalam program yang dihadirinya semalam.

Di samping itu Ketua Pemuda MCA negeri Pulau Pinang Sdr Lim Swee Bok mengkritik YB Lim Guan Eng, kerana menghadiri Sidang DUN Pulau Pinang dalam tempoh kuarantin pada 2hb. September 2021.

Menurut sumber akbar, perbicaraan YB Lim Guan Eng yang berjalan pada 1hb September telah dipohon untuk menangguhkan kepada tarikh lain oleh peguam beliau kerana YB Lim Guan Eng sedang kuaratin kendiri di rumah beliau bermula dari 1hb September 2021 sehingga 10hb September 2021 selepas beliau berkontak rapat dengan orang yang berpositif Covid-19.

Akan tetapi, beliau masih menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2hb September 2021.

Oleh yang demikian, Pemuda MCA Negeri Pulau Pinang telah membuat laporan Polis supaya pihak berkenaan membuat siasatan di atas perkara ini kerana perbuatan beliau telah menjejaskan kepentingan awam dan mencetuskan kerisauan orang ramai.

Persoalan timbul bagaimana Guan Eng yang sepatutnya habis kuarantin dari 1 hingga 10 September ini boleh turut serta dalam program tersebut, malah penangguhan perbicaraan kesnya hari ini juga atas alasan sama digunakan.

Hari ini sepatutnya memasuki hari kelapan perbicaraan dengan empat saksi pendakwaan telah memberi keterangan setakat ini, pada perbicaraan yang bermula pada 13 Julai lepas.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika kejadian, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang, yang bernilai RM6,341,383,702.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng dituduh meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama, dan perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut, yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Isu Semasa