Apakah kewajaran pihak kerajaan memberikan RM15 juta kepada 63 buah sekolah persendirian Cina di bawah Dong Zong?
Sedangkan 512 sekolah tahfiz berhadapan risiko untuk ditutup kerana tidak mampu menampung kos operasi.
Saya menggesa pihak kerajaan untuk mengkaji semula peruntukan tersebut serta membatalkannya.
Apatah lagi sikap Dong Zong yang tegar menentang tulisan Jawi dan memperjuangkan UEC.
Dong Zong sewajarnya menerapkan sistem pendidikan kebangsaan di dalam silibus sekolah mereka serta menerima tulisan jawi.
Barulah wajar mereka menerima bantuan daripada kerajaan.
Adalah lebih baik jika peruntukan tersebut disalurkan kepada masyarakat Cina di kalangan B40 yang mengikuti pendidikan di sekolah kebangsaan.
Mereka setia mengikuti sistem pendidikan kebangsaan dan berasimilasi di dalam sebuah Keluarga Malaysia.
Kita boleh menerima kepelbagaian tetapi tidak akan sesekali bertolak ansur dengan kebiadaban.
Kita juga tidak membenci kepada mana-mana kaum, tetapi kami benci kepada tindakan berat sebelah!
MOHAMED SUKRI OMAR
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah menyalurkan bantuan RM60 juta kepada 1,066 institusi pendidikan Islam merangkumi 558 sekolah agama, 413 tahfiz dan 95 pondok yang terjejas berikutan pandemik COVID-19.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abd Aziz Jusoh, berkata peruntukan RM21 juta bagi Bantuan Khas Impak Pandemik COVID-19 juga diagihkan kepada institusi pendidikan Islam swasta berdaftar bagi bantuan sara hidup kepada guru dan bantuan pengurusan operasi institusi berkenaan.
“Setiap guru menerima RM800 dan dimanfaatkan seramai 20,512 penerima manakala sebanyak 1,849 institusi menerima manfaat bantuan pengurusan institusi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dipercayai bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berhubung dakwaan institusi tahfiz kini berada dalam keadaan terancam.