Saya sebenarnya malas nak respon isu yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan UMNO Terengganu dalam live beliau malam tadi.
Apatah lagi ianya berkisar tentang modal lama yang ketinggalan zaman untuk diperbincangkan lagi kerana telah banyak siri penjelasan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak sama ada ahli politik ataupun ahli ilmu diseluruh negara.
Tapi mungkin asbab usia Ketua Penerangan UMNO Terengganu yang sudah tua dan mungkin dihinggapi penyakit nyanyuk menyebabkan beliau mungkin terlupa, atau malas membaca penjelasan-penjelasan yang telah diberikan.
Tidak ada satupun ucapan dalam Amanat Haji Hadi yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Dan tidak ada satu pun ucapan dalam Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan mana-mana pihak.
Hanya yang ada dalam Amanat Haji Hadi berkisar tentang perbincangan antara garisan iman dan kufur.
Sekiranya Nik Dir mempertikaikan garisan iman dan kufur ini, maknanya beliau sedang mempertikaikan apa yang ada pada al-Quran.
Kerana semua garis iman dan kufur itu dalam nas quran dan sunnah.
Mempertikaikan tentang jihad juga adalah satu bentuk kejahilan yang ada pada Nik Dir.
Tidakkah Nik Dir orang Islam?
Bukankah jihad itu banyak cabangnya dan antara jihad yang paling afdhal adalah “menyatakan kebenaran dihadapan pemerintah yang zalim” seperti apa yang terkandung dalam amanat Haji Hadi.
Dan itulah perjuangan PAS dari dahulu sehingga kini.
Ahli PAS di Terengganu lah yang paling layak mendesak supaya MN di Terengganu dibatalkan.
Nyanyukkah Nik Dir dengan penindasan UMNO kepada penyokong PAS semasa memerintah dahulu?
Dinafikan hak bantuan, dirampas royalti minyak dan dibazirkan wang cukai rakyat untuk kegunaan kroni masing-masing.
Buktinya masih tersergam projek gajah putih dengan hutang berjuta ringgit di depan mata setelah PAS mengambil alih dan masih ramai rakyat yang miskin melarat.
Saya melihat MN di Terengganu ini gagal kerana sikap gila kuasa dan penting diri segelintir pemimpin UMNO yang hanya memikirkan tentang poket sendiri dan kroni sehingga mengabaikan hasrat rakyat.
Secara asasnya UMNO telah ditolak majoriti rakyat Malaysia kerana kegagalan mereka memerintah dengan lambakkan kes rasuah dan pembaziran yang melibatkan salahguna kuasa yang terang-terangan.
Keangkuhan inilah yang menjadikan rakyat muak dengan UMNO dan memilih Parti lain sebagai pemerintah termasuklah di Terengganu.
Nik Dir juga menyebut tentang jiwa besar Presiden UMNO yang memohon maaf kepada rakyat Terengganu dalam majlis Muafakat Nasional.
Tidakkah Nik Dir ingat yang Presiden PAS lah yang pertama menghulurkan tangan persahabatan ketika UMNO sedang tenggelam karam.
PAS Terengganu juga lebih berjiwa besar kerana masih mengekalkan hubungan baik dengan UMNO Terengganu dan muncul kerajaan pertama dalam Malaysia yang memberikan peruntukkan kepada UMNO sebagai pembangkang.
Sikap UMNO yang lupa daratan dan seperti pepatah “bagai melepaskan anjing tersepit” ini sangat mengecewakan khususnya rakyat Terengganu yang cintakan perdamaian dan penyatuan.
UMNO Terengganu sepatutnya mengambil masa untuk bermuhasabah dan menginsafi kejahatan yang pernah mereka lakukan ketika memerintah dahulu.
Janganlah terus mendongak bongkak ketika ada sedikit kuasa yang belum tentu sampai bila.
Nik Dir juga sebagai orang lama dalam UMNO Terengganu sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada ahli politik muda seperti kami.
Tapi sebaliknya beliau menunjukkan respon yang kurang cerdik dan masih membawa corak politik orang lama yang semakin lapuk dan ketinggalan zaman.
Ia bukan sahaja memalukan beliau sendiri, tetapi memperlihatkan UMNO Terengganu seolah kekurangan pemimpin yang berwibawa dan kelihatan bodoh di mata rakyat Terengganu.
Berbicaralah dengan fakta, berhujahlah dengan nas dan dalil dari sumber yang disepakati oleh para ilmuan Islam apabila berbincang tentang garisan iman dan kufur. Janganlah mengikut nafsu syaitan semata untuk mengejar dunia. Biarlah kelihatan matang dalam memberikan pandangan walaupun ianya berbeza. Kalau sekadar sembang orang gila pon boleh bersembang.
Saya percaya akar umbi bawah sudah pun berbaik sesama sendiri, perbezaan politik kepartian kian lusuh.
Namun hadirnya aktor bernama Nik Dir ibarat Pak Pandir.
Buat ahli PAS dan UMNO teruskan jalinkan hubungan yang baik.
Jangan kerana mulut busuk Nik Dir seorang merosakkan hubungan kita.
Maaflah kerana berkasar (jiwa besar ni), respon ini pon kerana perbuatan celupar anda sendiri.
Muhammad Irsyad Syafiq
Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Marang.