Tanda-Tanda PRU

Tanda-Tanda PRU

Dahulu, untuk kita tahu samada PRU hampir atau masih jauh lagi, kita boleh melihat tanda-tanda awal dan akhir yang akan diberikan.

Pada kebiasaannya tanda-tanda ini atau boleh juga kita katakan ujian pra-PRU akan dilakukan oleh parti pemerintah.

Manakala parti-parti dari pembangkang, akan cuba menangkis ujian itu, supaya ia gagal memberikan imej yang baik kepada kerajaan dan menyerang balas kerajaan dengan isu-isu lain.

Kegagalan kerajaan dalam menimbulkan isu-isu bagi menghentam lawan, akan memberikan persepsi negatif kepada diri mereka sendiri.

Jadi permulaan sebelum pertandingan dalam PRU yang sebenar, kerajaan akan dilihat pincang.

Tetapi kadang kala strateginya, ia sengaja diberikan ruang oleh kerajaan, bagi melihat kekuatan musuh.

Jadi pembangkang harus bijak melayani isu palsu dan juga isu sebenar.

Isu-isu mesti berlapis-lapis sebagai pelan kecemasan jika sekiranya gagal membawa isu utama bagi menimbulkan kesusahan kepada lawan.

Telah banyak sebelum ini contoh-contoh yang telah dibuat oleh kerajaan.

Antara yang tersohor dan diingat sehingga kini ialah isu tengkolok Tengku Razaleigh Hamzah ketika disambut oleh Joseph Pairin Kitingan sekitar tahun 1990.

Kerajaan berjaya mengalih kebangkitan Semangat 46 kepada isu lambang salib Kristian dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), tewas PRU.

Kini, jika anda semua perasan, isu Dong Zong, kembali diungkit.

Isu yang cuba dialihkan ialah kejadian rusuhan di tokong.

Dong Zong akan selalu muncul lebih kurang empat hingga lima tahun sekali, semenjak zaman Tun Mahathir lagi.

Untuk mudah memahaminya, kenapa Dong Zong mengumumkan jumlah yang mereka terima kepada umum, kalau tahu ia akan menimbulkan kemarahan orang Melayu?

Lalu semua tertumpu kepada PAS, minta dipertanggungjawabkan atas apa yang orang lain lakukan.

Isu lain lagi ialah isu pertelingkahan mazhab.

Isu ini juga sangat laku jika untuk memecah belahkan kesatuan orang Islam.

Musuh Islam telah menggunakannya semenjak ratusan tahun dahulu.

Terkadang dalam PAS juga, isu ini boleh menjadi duri yang sangat berbisa, menikam daging sesama jemaah hingga ada yang berkelahi.

Manakala bagi yang atas pagar, ia akan lebih membarah lagi.

Akan sentiasa ada watak-watak yang berkelahi berkenaan hal furuk di tengah-tengah masyarakat atau berbincang ilmu yang terlalu tinggi, tidak difahami orang awam dan akhirnya, melebarkan lagi permusuhan orang bawahan.

Dalam hal ini, TG Presiden PAS, sudah berkali-kali memberitahu kepada semua, musuh utama kita ialah Yahudi dan Nasrani sebagaimana yang disebut dalam al-Quran.

Saya ulang lagi buat kesekian kalinya bahawa, hanya dalam PAS semua mazhab dan aliran ini, akan dapat duduk tenang kerana mengikut panduan Presiden.

Saya hanya terbayangkan zaman Umar bin Abdul Aziz dimana, Syiah dan Sunni tidak berkelahi kerana menghormati beliau.

Jika hal furuk berjaya diatasi, perpaduan Islam akan menjadi realiti.

Ini lah masanya kuasa politik diperlukan dan ditakuti musuh Islam.

Tanda-tanda akhir pula ialah keluarnya isu Memali yang sering dilagukan apabila hampir PRU.

Isu ini bagaikan senjata terbaik musuh PAS, sehinggakan Pan, yang terdiri daripada ramai bekas pimpinan PAS yang dahulunya berjuang untuk mangsa Memali, turut menggunakannya bagi menghentam PAS kembali.

Begitulah kuatnya isu Memali untuk dijadikan peluru bagi musuh PAS semenjak hampir 40 tahun dahulu.

Dan akhir sekali ialah isu Amanat Haji Hadi.

Isu ini juga amat digemari oleh lawan bagi memusnahkan PAS.

Isu ini juga akan diperbaharui setiap tahun kepada generasi muda yang masih mentah, dengan cerita yang menyeleweng dari fakta.

Akan datang bersama pakej isu ini ialah isu kafir mengkafir, isu dua imam, isu sembelihan dan sebagainya.

Ini lah tanda-tanda bagi menguji kekuatan mereka menghadapi PRU.

PAS pasti akan dijadikan sebagai bahan ujikaji mereka.

Walaupun janji PRU telah ditetapkan selepas Julai 2022, PAS tetap dijadikan sasaran serangan dari banyak pihak, bahkan yang dahulu mengaku kawan.

Jadi, kepada ahli dan penyokong PAS, diharap jangan terlibat dengan isu-isu yang akhirnya akan menjerumuskan kita semua ke dalam perangkap mereka.

Harus diingat, kita mahu melaksanakan Islam yang syumul, dan ia sesuatu yang sukar dengan halangan-halangan sedia ada yang sudah kita maklumi.

Maka, jangan lah kita menambah pula bebanan kita dengan isu-isu yang sebegini.

Cukup lah dengan puluhan tahun kita menyaksikan bagaimana musuh begitu bersungguh-sungguh cuba mempermainkan dan menghalang usaha PAS untuk menegakkan Islam dalam keadaan menjadi kerajaan berkuasa penuh.

Gembleng tenaga kita kepada Islam bersama dengan PAS.

Kerana jika kita berkuasa penuh dengan membawa Islam, musuh tahu, tiada jalan lagi buat mereka kembali memerintah, kecuali bersatu di bawah PAS.

Hal yang mereka tidak pernah mahukan.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis