“Sekiranya ada pasukan petugas khas terhadap Adib, mengapa tidak ada pasukan petugas khas terhadap Teoh dan lain-lain kematian semasa dalam tahanan polis yang lain?” tanya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan, merujuk kepada kematian lelaki DAP itu setelah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (1)
Hebat kan? Pihak DAP boleh tanya soalan ini tanpa segan walaupun mereka sendiri yang tidak memulakan siasatan masa mereka berkuasa.
Terdapat beberapa kritikan sebelum ini juga yang tanya kenapa Pakatan gagal menyiasat kematian Teoh Beng Hock dengan lebih terperinci dari pihak NGO dan penduduk biasa. (2) (3)
Pakatan tidak menjawab kritikan kepada mereka masa tu juga.
Tapi itulah politik Malaysia.
DAP sebenarnya rasa malu kerana Ismail Sabri dapat buat apa yang dia kritikan masa dia pembangkang.
Sebab DAP nak tutup malu mereka, jadi mereka jerit dan tanyakan soalan itu kepada pihak sebelah kerana DAP memang tidak boleh menjawab kenapa mereka gagal buat apa-apa masa mereka berkuasa.
Nota: siapa masih ingat ucapan Samy Vellu mengenai tutup kemaluan?
Di sini, saya nak minta MCA sahut cabaran ini dan masukkan permintaan untuk menubuhkan task force untuk siasat kes Teoh Beng Hock.
Tak apa kalau parti lain dalam PN tidak berminat ataupun menghalang permintaan ini.
Masukkan saja dan umumkan cadangan itu telah dikemukakan ke Kabinet.
Lakukan apa yang tidak dapat dilakukan oleh DAP, iaitu untuk mengemukakan permintaan rasmi.
Walaupun MCA tidak mendapat item yang diminta, sekurang-kurangnya MCA mencuba, yang akan lebih banyak daripada yang DAP kata mereka lakukan.
Boleh tak, MCA?
Mak Khuin Weng – マク
- Bagaimana dengan mengkaji kes Teoh Beng Hock, tanya ahli parlimen DAP – https://www.freemalaysiatoday.com/…/what-about…/
- SURAT | Teoh Beng Hock’ death – delay in justice is injustice – https://m.malaysiakini.com/letters/580572
- YOURSAY | ‘Harapan berkongsi kesalahan kerana gagal menyiasat kematian Beng Hock’ – https://m.malaysiakini.com/news/535329
